Dec 14, 2011

ORANG KANAN GUAN ENG LETAK JAWATAN - SERTAI PARTI GERAKAN!!






Krisis Kepimpinan DAP Penang bukan sahaja memberi kesan kepada parti tersebut, malah turut 'berjangkit' ke rakan parti PKR. Salah seorang Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang Lim Boo Chang hari ini memberi kejutan meletakkan kesemua jawatan yang dipegang di dalam Kerajaan Negeri.


Boo Chang juga membuat pengumumkan meninggalkan parti yang beliau sertai iaitu PKR. Memegang jawatan sebagai Ketua Cabang Bukit Gelugor, beliau merasakan PKR sendiri bukan lagi membawa perjuangan rakyat akan tetapi sebagai platform membalas dendam terhadap Kepimpinan Kerajaan semata2.

Beliau juga menjelaskan, Kerajaan Negeri telah gagal menepati janjinya untuk mereformasikan rakyat, malah kemaruk dan sibuk mencari persaingan sesama sendiri yang melampau dalam politik sehingga mengabaikan amanah yang diberikan kepada rakyat.


0 comments:

Powered by Blogger.