Dec 14, 2011

MUSLIMAT PAS SOKONG SHAHRIZAT SAMAN MAK LAMPIR!! - "ZURAIDA TAK SIUMAN!!"





Tindakan Pengerusi NFC Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail tidak teragak2 untuk menyaman pihak yang membuat tohmahan terhadap beliau sekeluarga  turut disokong beberapa Kumpulan Ahli Muslimat PAS Pusat. 

Malah ianya satu tindakan wajar yang bakal mempertahankan maruah isteri beliau yang tidak terlibat sama sekali dalam pengurusan Syarikat Feedlot Lembu itu. Shahrizat dakwa beberapa Ahli Muslimat PAS Kawasan Gombak menjelaskan, tindakan Zuraida sememangnya melampaui batasan personaliti Kaum Hawa yang bukan sahaja amat mengaibkan, malah menjatuhkan keseluruhan Wanita Malaysia.
Mereka turut menjelaskan ramai lagi di kalangan Muslimat PAS di beberapa Negeri yang tidak bersetuju dengan perlaksanaan serangan Zuraida yang melampau dan tidak beradab terhadap Shahrizat. 
Zuraida kata mereka sewajarnya menjaga tatatertib seorang Muslimat kerana apa yang diperlakukan beliau bakal menimbulkan fitnah dan keaiban terhadap Pemimpin Wanita tersebut.

"Kita bantah orang2 UMNO mengaibkan Datuk Seri Anwar berkenaan isu yang beliau hadapi di Mahkamah kerana ianya dicegah dalam Islam. Namun tindakan Zuraida itu dilihat tidak jauh bezanya dengan apa yang diperlakukan orang2 UMNO terhadap Ketua Pembangkang itu. Ini sudah dikira membalas dendam. Satu sifat Mazmumah yang ditegah sama sekali di dalam Islam apatah lagi melibatkan seorang Wanita Muslimah." 


"Dan kenapa pula Shahrizat menjadi mangsa? Beliau sebelum ini secara peribadi tidak pernah sama sekali mengaibkan Anwar dalam mendapatkan sokongan undi Wanita Islam. Beliau semasa di Parlimen berulangkali bertemu dengan wakil Ahli Parlimen mewakili Muslimat PAS meminta pandangan dan cadangan dalam memertabatkan Kaum Hawa.
"Malah beliau juga pernah menemui Wan Azizah dan memberi peransang kepadanya. Apa yang cuba Zuraida lakukan. Kami tidak akan benarkan Pemimpin Muslimat bersubahat dengan agenda politik ini."


Sebelum ini beberapa Pemimpin Muslimat PAS didakwa ada mencadangkan agar Zuraida menemui sendiri Shahrizat jika ada beberapa persoalan yang ditimbulkan beliau terhadapnya. Ini kerana isu ini  melibatkan suami beliau. Namun Zuraida bukan sahaja mengambil pendekatan sebaliknya, malah ianya dilihat berterusan sehingga mengaibkan Shahrizat.


Artikel Berkaitan (klik pada tajuk) :-




1 comments:

Anonymous said...

jawapan shahrizat senag sangat, saya tak ada kena mengena dengan suami saya, itu perniagaan dia, jangan jadi bebal, jawapan kepada rakyat kena elok,nanti kerana ko sorang habis peluang bn dalam pru13,cakap dalam dewan merdeka berdegar-degar, kalau dah salah baik mengaku, jalan terbaik ikut cakap tun mahathir lebih baik LETAK JAWATAN. Pru lepas pun kalah, pak lah lantik,apa apilihan yang ds najib ada.ibrahim hj sabri shah alam

Powered by Blogger.