Dec 3, 2011

MUSA HASSAN AKUI NIKAH DENGAN PENYANYI SYELLA!!?





Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, menafikan laporan beberapa blog kebelakangan ini bahawa beliau telah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Syella Kamaruddin baru-baru ini.

Menurut beliau apa yang disiarkan dalam beberapa laman blog termasuk dakwaan beliau membelanjakan sejumlah RM15 juta untuk majlis perkahwinan itu sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan dirinya.

Dipetik Utusan Malaysia hari ini, Musa, 60, berkata segala apa yang ditulis dalam blog-blog itu kononnya beliau merupakan suami kepada Syella adalah fitnah.

“Itu bukan saya. Saya tidak terlibat dalam perkahwinan itu dan untuk makluman semua, saya masih mempunyai seorang sahaja isteri iaitu Puan Sri Juriah Ahmad. Janganlah ada yang cuba hendak fitnah saya.

“Jika betullah, majlis itu menelan belanja RM15 juta, saya pun hendak punya wang sebanyak itu. Cuma saya kasihan dengan pasangan pengantin itu (Syella dan suaminya) kerana mereka yang berkahwin, saya pula yang dapat nama,” katanya sambil mengakui tidak mengenali penyanyi itu.

Beberapa keping gambar perkahwinan Syella atau nama sebenarnya Nurshid'la Ahmad Kamaruddin, 26, dengan pasangannya tersiar dalam beberapa laman blog sejak kebelakangan ini.

Antara maklumat yang disiarkan dalam blog itu adalah belanja majlis perkahwinan tersebut dianggarkan sebanyak RM15 juta, selain Syella menerima hadiah banglo bernilai RM5 juta, kereta Audi R8 berharga RM800,000, wang hantaran RM111,111, mas kahwin RM1,000, telefon bimbit, set mandian, alat solek, al-Quran, sejadah, telekung dan tasbih.

Berikutan tersiarnya gambar majlis persandingan itu, beberapa komen antara lain turut menghina bekas Ketua Polis Negara itu.

Musa menimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penulis blog yang menyebarkan fitnah tersebut.

Sementara itu, Syella gagal dihubungi untuk mendapatkan komennya berhubung isu ini. Bagaimanapun, dalam laporan perkahwinannya yang disiarkan dalam majalah URTV keluaran 1 Disember ini, Syella mengesahkan majlis pernikahan itu berlangsung pada 11 hingga 13 November lalu di ibu negara.

Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Menangis Dalam Hujan itu bagaimanapun enggan mendedahkan identiti suaminya sebaliknya memaklumkan kepada wartawan URTV, suaminya itu bukan seperti dihebohkan di Internet.

11 comments:

Miss Annaz said...

Klu dorang betul2 kawin pun itu urusan dorang... sakit pening pun bkn kita yg susah.. janji depa bahagia..
Jgn sebar fitnah nanti mkn diri sendiri..

Anonymous said...

Entah....tak paham kenapa pembangkang suka sangat sebarkan fitnah....sibuk pulak pasal hal org... Tentang gambar musa hassan tu, boleh di edit dgn photoshop jer...

Anonymous said...

org persoal bukan pasal kawin lah ngok,tapi blanja kahwie sampai 15 juta banyak duit tu bro

ja'a said...

kalu dah mmg bukan dia nak persoal kan apa???

To Live Again said...

Saturday, December 03, 2011

woi anon ngok..Kitaorg pon bkn nk pertahan dia tp kalau dh bkn dia yg kawin tp korang tuduh dia kawin 2 pon dh 1 dosa fitnah..Pas 2 korang fitnah lg yg dia kahwin smpai 15juta 2 dh kira fitnah kedua 2 bro..Ada bukti ker bro?? bwk2 la bertaubat!

Anonymous said...

saman..jgn tak saman..kasi ajar sama tu orang..jgn sedap buat fitnah je...kompom bergegar pala lutut nak bayar...hahaha

Anonymous said...

saman saja puak-puak anak haram jadah ni...biar dia tahu langit tinggi rendah...kalau betul musa hassan kawin pun ada mintak duit mak bapak dia orang ke??ptuihhh...fitnah sesuka hati jer...

Anonymous said...

Itulah kerja puak-puak PEMBANGKANG HARAMJADAH. Tak ada kerja lain.. fitnah dah jadi darah daging mereka. Cakap pasal Islam tapi hati macam iblis ....

Puak-puak PEMBANGKANG + PENDENGKI NO 1.

- ORANG KAHWIN PEMBANGKANG DENGKI
- BUAT MAJLIS RM 15 JUTA PUN PEMBANGKANG DENGKI ....

Itulah wajah-wajah ahli hamPAS + PKR dan DAPigs ...


kesimpulan : "Melalak pasal tak dapat kalau dapat puak-puak haramjadah ni diam-diam jer,,"

Gari Tangan said...

Saman jer Tan Sri kita ppakat cari peguam handal biar mampos kras puak2 jahat tuh...

Anonymous said...

Yang para artis di Malaysia pun satu...

Tujuan majlis perkahwinan adalah untuk penghebahan bahawa pasangan itu sudah berkahwin. Biar ramai orang tahu supaya kelak tidak timbul salah faham yang boleh mewujudkan fitnah dan syak wasangka buruk.

Tapi si Syella ni, seperti juga segelintir artis-artis yang lain, berkahwin bagai nak rak sampai berjuta belanja tapi nak jugak main sorok-sorok.

Akibatnya timbul la isu seperti ni. Tak pasal-pasal lembu yang menyusu sapi yang dapat nama.

Puodahh la.... bukan femes sangat pun si Syella ni. Kontroversi perkahwinan dia lagi gah daripada bakat (kalau ada pun) yang dia cuba ketengahkan dalam industri hiburan tanah air.

Anonymous said...

Saman ja Tan Sri...biar blogger tu tinggal pelir n juboq (itu kena simpan sebab abg bengkok yang punya)

Powered by Blogger.