Dec 4, 2011

MALAYSIAKINI BALUN ANWAR - KATA 'PEMIMPIN KHIANAT TAK AMANAH..!!'






Tindakan Malaysiakini hari ini yang memaparkan artikel menghentam Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sememangnya mengejutkan ramai pihak.

Dengan menjadikan ianya sebagai tajuk utama Artikel pagi ini, Laman Portal Pro Pembangkang ini mendakwa Anwar seorang Pemimpin yang tidak bertanggungjawab dengan mengungkap semula janji2 beliau sejak mula menjejakkan kaki ke arena politik tanah air dengan menyertai UMNO pada 1982.



Anwar juga dakwa artikel tersebut dilihat tidak jujur dalam memperjuangkan isu2 yang dibangkitkan sejak sekian lama pemansuhan ISA. Tidak langsung berusaha keras memansuhkan Akta yang beliau pernah menjadi mangsa tahanan ini, lantas Anwar sejujurnya menyokong dan turut membantu Kerajaan pimpinan Najib Tun Razak yang tidak pernah memperjuangkan Akta ini mengumumkan usul memansuhan ISA.

Malah Kerajaan pimpinan Najib jugalah yang memansuhkan AUKU, yang juga tidak diendahkan Anwar ketika memegang jawatan Menteri Pendidikan kini berteriak mendakwa Akta itu turut zalim.


Perbezaan paling ketara Pimpinan Anwar dan Najib. Anwar hanya menyalak dan terlalu banyak bercakap. Akan tetapi tidak nampak sebarang hasil keberkesanan sepanjang berpuluh2 tahun di dalam politik Pembangkang, Kerajaan, kemudian kembali semula mengepalai Pembangkang.

Najib hanya diam. Tidak banyak 'membebel' atau bersuara sumbang. Akan tetapi, rakyat melihat hasil kerja beliau luar biasa. Mampu memansuhkan Akta yang menjadi label kezaliman Kerajaan 1 ketika dahulu. Malah tindakan2 berani Najib turut mengejutkan Pemimpin2 Pembangkang.

Benar orang kata. Diam itu Pintar. Usah disebut soal ekonomi, Najib berjaya mengukuhkan Ekonomi Negara yang semakin stabil tatkala 2 Negara Maju hebat Amerika Syarikat dan United Kingdom berhadapan dengan masalah Ekonomi yang maha dahsyat. Tidak ada dengar suara Najib seperti seorang yang bijak pandai bercakap soal ekonomi. Hasil kerja dijadikan paparan sebenar.

Jawatan yang sama  pernah dipimpin Anwar selama 6 tahun iaitu Menteri Kewangan 1 ketika dahulu. Namun kemuncak Anwar sebagai Menteri Kewangan jika difikirkan agak memalukan. Ekonomi jatuh merudum pda era 1998. Bukan George Soros yang wajar diperhatikan. Akan tetapi kegagaan Anwar membina benteng pertahanan ekonomi sebelum serangan itu berlaku. Sehinggakan Mahathir terpaksa menubuhkan Kementerian Tugas2 Khas bagi membantu Kementerian pimpinan Anwar pada ketika itu. 


0 comments:

Powered by Blogger.