Dec 3, 2011

MAHATHIR BUAT HAL LAGI - HINA KEPIMPINAN NAJIB!!?





Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi satu tip politik yang ringkas dan padat bagi pengundi rakyat Malaysia. Sambil memuji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana "membetulkan kesilapan" dalam sistem politik, beliau berkata Najib perlu diberi peluang untuk memimpin negara.
   
"Beliau semakin popular, beliau membetulkan kesilapan yang telah dilakukan oleh pengganti saya.
   
"Saya sokong Najib, beliau adalah yang terbaik, beliau layak diberi peluang," kata Dr Mahathir pada sidang akhbar di New Delhi, hari ini.
   
Negarawan yang berumur 86 tahun itu berada di sini untuk menghadiri sidang kemuncak tahunan pemimpin Hindustan Times di mana beliau menyampaikan ucaptama.

Dalam ucapannya, beliau memberi amaran terhadap pemimpin global untuk memerhatikan perubahan besar yang sedang berlaku - kegagalan rancangan ekonomi pusat, pengaruh media sosial dan kerancakan orang ramai menyeberangi sempadan.
   
"Ini merupakan perubahan radikal yang berlaku dalam abad ke-21. Semua ini akan memberi kesan terhadap apa yang kita lakukan, bidang politik, ekonomi, sosial atau kewangan.
   
"Jika kita enggan mengakui perubahan ini, kita tidak akan mampu menghadapi cabaran-cabaran ini," katanya.
   
Dalam ucaptamanya bertemakan "Cabaran Perubahan Dalam Abad Ke-21", beliau berkata demokrasi bukan satu sistem yang buruk tetapi bukan satu penyelesaian bagi semua kelemahan politik.
   
"Demokrasi merupakan satu bentuk terbaik sesebuah kerajaan, bukan mudah untuk mentadbir kerana rakyat tidak faham mengenai batas-batas demokrasi," katanya.

3 comments:

Anonymous said...

"Beliau semakin popular, beliau membetulkan kesilapan yang telah dilakukan oleh pengganti saya.

Komen terbaik di abad ini.

Anonymous said...

aku sokong tun dr m. dia xda laa suck mcm pemimpin yg mentadbir sekarang. gelp duit sana sini. apa pun fuck u blogger sbb suka post konon2 kau betul fuck off..

Anonymous said...

Hina apa kejadah, ikut tafsiran aku maksud Tun M kata DS Najib harus diberi peluang itu tidak boleh dikaitkan dengan kata2 beliau telah membetulkan kesilapan pengganti saya.

Aku percaya maksud DS Najib harus diberi peluang itu merupakan satu rayuan ikhlas tersirat dengan harapan Tun M tidak mahu melihat orang2 UMNO pertikaikan perkara2 remeh untuk menegatifkan kepimpinan DS Najib.

Powered by Blogger.