Dec 11, 2011

LUPUS ASET - FELDA BAKAL DIAMBILALIH SYARIKAT MANA!!?







Peneroka Felda dinasihatkan agar mengabaikan surat layang daripada pihak tertentu yang mendakwa mereka akan kehilangan aset dan insentif yang diterima ketika ini, apabila Felda Global Ventures Holdings (FGVH) disenaraikan di Bursa Malaysia tahun depan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata usaha kerajaan untuk menyenaraian FGVH di pasaran utama Bursa Malaysia itu merupakan transformasi fasa ke empat Felda yang menguntungkan golongan peneroka dan generasinya.

“Ini adalah kerja jahat pihak pembangkang berhubung surat layang ini, Felda tak akan buat sesuatu yang negatif, merosakkan serta merugikan peneroka dan generasinya,” katanya kepada pemberita, di sini Sabtu.

Beliau yang ditemui selepas memberi taklimat isu semasa kepada 260 peserta Felda dari kawasan Parlimen Sembrong, berkata penyenaraian itu juga bukan saja memberi rahmat kepada peneroka, tetapi seluruh rakyat negara ini.

“Ada empat fasa tranformasi Felda iaitu daripada hutan kita jadikan ladang, kedua daripada hutan ke perkampungan tersusun dan terancang, dan transformasi ketiga ialah daripada hanya berniaga dalam negara kepada meluaskan perusahaan ke luar negara,” katanya.

Kini, kata beliau, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu melaksanakan transformasi fasa ke empat iaitu Felda berkembang menggunakan kaedah penyenaraian menjadikannya sebagai 'blue chips' perladangan antara yang terhebat di dunia.

Penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia sekali gus menjadikannya sebuah syarikat berstatus konglomerat global bagi menghasilkan dana.

“Sekarang ini kita tak boleh nak cerita semua, sebab ianya (penyenaraian) ini masih lagi diperhalusi tetapi jangan kerana kekaburan maklumat penyenaraian itu lantas kita terus ikut apa saja dakyah pembangkang,” katanya.

Ahmad juga berkata beliau menerima maklum balas yang baik daripada sebahagian besar peneroka tentang usaha penyenaraian itu pada pertemuan hari ini.

0 comments:

Powered by Blogger.