Dec 20, 2011

LATEST - PAS GOMBAK PROTES, DESAK "PECAT KHALID SAMAD!!"







Tatkala Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat Nik Abduh membuat kenyataan hari ini mengkritik Harakah dan Mustafa Ali mengenai kalikatur penghinaan ke atas Ustaz Nasha (artikel klik di sini), PAS Gombak hari ini pula mengherdik sikap Pemimpin2 PAS berhaluan kiri yang cuba mengaibkan Hasan Ali yang cuba mempertahankan kedaulatan Islamiyah di Selangor dengan menuduh beliau sebagai Agen UMNO.

Beberapa AJK PAS Gombak yang ditemui mendakwa, Hasan Ali selaku Exco Selangor telah sekian lama berlembut dengan dasar DAP dan cuba 'bersangka baik' dengan rakan Pakatan itu walaupun DAP acap kali menghalang usaha ke arah memantapkan Syariah di Negeri tersebut.

Bermula dengan isu arak dan judi, kemudian disusuli pula dengan Selcat, lantas ditambah pula dengan kempen 'Perang Pencegahan Akidah', kesemuanya dilarang dek kerana DAP. Mereka bertanya semula kepada PAS Pusat samada tindakan2 yang dilakukan Hasan Ali ini benar2 menghancurkan Islam?


"Jangan dok asyik nak jaga hubungan Pakatan sehingga maruah Syariah yang menjadi asas pegangan PAS terus diherdik dan direndah2 kan?. Kita bukan nak laksana Hukum Hudud. Kita hendak laksana Enakmen Syariah yang sedia ada, pun tidak dibenarkan. Jangan beri alasan PAS minoriti dalam DUN Selangor. Kena ingat Majoriti di Selangor beragama Islam. Menjadi peranan PAS dalam memperkasa Undang2 Syariah."

Mereka turut menjelaskan semasa UMNO/BN memerintah Selangor perkara2 inilah yang menjadi serangan politik PAS. Pengukuhan akidah dan Undang2 Syariah. Oleh itu, adalah menjadi peranan Hasan Ali dalam memperkasa Enakmen tersebut.

Mereka turut mendedahkan PAS Selangor sejak beralih kepimpinan tidak ada langsung usaha berdakwah menerangkan kepada rakan2 DAP mengenai perundangan Islam secara jelas. Apa yang berlaku hanya sekadar serangan melampau terhadap musuh parti.

"Yang dok pergi layan UMNO buat apa? Kita ni dah perintah Selangor. Apa yang mesti kita lakukan dakwah. Terangkan kepada DAP tentang perjuangan kita. Ini tak ada usaha langsung. Malah bila Hasan Ali nak terang disekat. Kalau macam tu sampai bila2 Hudud takkan dapat dilaksanakan. Serupa macam UMNO lah."

"Bila dok cakap nak bincang dengan UMNO pasal perpaduan Islam, melenting. Bukan nak bina Kerajaan bersama pun. Ini dah duduk 1 Kerajaan dengan DAP. Sampai bila nak bersubahat denga Parti ini menentang Hukum Islam?"

Mereka juga mendakwa ramai di kalangan Ahli PAS Selangor di peringkat akar umbi semakin ragu2 dengan pendirian PAS pada masa kini yang berlebih2 an mempertahankan Pakatan sehinggakan lupa asas matlamat Parti melaksanakan syariah Islamiyah.

"Mungkin jika sebelum ini kami boleh berdiam. Tapi kalau sampai orang yang nak tegakkan syiarkan Islam dalam PAS macam Hasan Ali cuba dicantas, ini sudah melampaui batas. Seolah2 ada gerakan dalam PAS cuba hendak bunuh perjuangan parti. Tuduh pula dia Agen UMNO. Dia adalah pemimpin yang sentiasa membawa Nur Islam kepada masyarakat. Dok sibuk UMNO, UMNO.. Ni dalam PAS ada problem. Jangan terlalu banyak pusing cerita. Ahli dah makin muak."


Mereka juga mempertikai dan beranggapan apa yang berlaku terhadap Hassan Ali adalah kerana sifat dendam melampau Khalid Samad yang telah berjaya menumbangkan beliau dalam Pimpinan PAS Selangor. Lantas beliaulah individu yang acap kali memburuk2 kan Hasan Ali di belakang tabir. Walhal Hassan Ali adalah pemimpin paling banyak berjasa di Selangor dan tulang belakang dalam mengerah tenaga dalam usaha merampas Kerajaan Negeri ini dari genggaman UMNO.

Sebelum ini Melayu CinDia ada membongkar kepincangan dalaman PAS Selangor seperti artikel2 di bawah : -






5 comments:

Anonymous said...

Telungkuplah PAS x lama lagi !

hangkedee said...

Bersatu lah umat melayu Islam.agar anak cucu cicit kita tak kencing pusara kita.

Anonymous said...

Umno lwn Pas >>>> Umno
Umno lwn PKR >>>> Umno
MCA lwn Pas >>>> Pas
Gerakan lwn Pas >>>> Pas
MIC lwn Pas >>>> Pas
MCA lwn DAP >>>> MCA
Gerakan lwn DAP >>>> Gerakan
MIC lwn DAP >>>> MIC

Anda adalah seorang cerbi.

Anonymous said...

cukuplah tu Tok Janggut aii...org yg guna agama uk kepentingan peribadi mmg keji

Anonymous said...

celaka lah kau Pas...celaka lah kau Pas...celaka lah kau Pas...celaka lah kau Khalid Gereja...mampos lah kau semua munafik dlm Pas...phhtuihhhh...

Powered by Blogger.