Dec 7, 2011

KHALID SAMAD T'GAMAM - P'JUMPAAN SULIT PAS & UMNO SELANGOR BINCANG PRU13!!?






Akhbar Utusan hari ini melalui artikel editor kanan Datuk Zaini Hassan telah memberi pandangan tersendiri menaikkan nama dan imej Hasan Ali selaku pihak yang paling layak menjadi orang tengan menyatupadukan hubungan PAS dan UMNO di Selangor pada PRU13.

Sambil mendakwa Exco Negeri Selangor itu sebagai seorang pejuang yang mendapat perkenan Yang Di Pertuan Agung, Hasan Ali juga turut didakwa satu2 nya individu yang berkelayakan memegang jawatan MB Selangor.

Banyak lagi kupasan yang dibuat Datuk Zaini mengenai Hasan Ali. Tapi yang pasti hampir kesemuanya berbentuk pujian terhadap beliau yang telah mempamerkan seorang Pemimpin yang memperjuangkan Islam sebagai Addin di Negeri tersebut.


Mungkin dari aspek positif, nama Hasan Ali semakin menyerlah. Mungkin ramai yang tidak perasan Hasan Ali kini mendapat banyak liputan dari media2 yang kelihatan menyokong Kerajaan Pusat terutamanya UMNO. Ini kerana media2 Pembangkang termasuklah dari Harakah sendiri telah diarahkan untuk memboikot dari memaparkan apa jua kenyataan dari mulut beliau. Inilah media yang mendakwa berlaku adil dalam memberi 'kebebasan suara' melalui Media.

Akan tetapi, dari sudut negatifnya, Hasan Ali akan semakin 'diperhatikan' PAS Pusat dan memperkukuhkan dakwaan bahawa beliau merupakan Agen UMNO yang ditugaskan kononnya dalam memusnahkan hubungan Pakatan.

Malah sudah pasti individu yang bakal menggunakan isu ini sebagai salah satu bukti tersebut adalah Khalid Samad, individu yang berjaya mencantas Hasan Ali dari terus memimpin PAS Selangor. Rekod demi rekod semakin banyak dikumpul. Apakah nasib bekas Naib Presiden PAS ini pada PRU13? 


Kekal sebagai Exco, sudah pasti tidak sama sekali. Itupun kalau menang. Persoalannya, berani matikah PAS Selangor membuang terus nama beliau selaku calon di DUN2 di Selangor terutamanya DUN Gombak Setia?

Atau PAS dan UMNO Selangor bakal bergabung pada PRU13? Ura2 mendakwa memang sudah ada pertemuan sulit wakil dari kedua2 parti membincangkan hal ini.

Tiada yang mustahil dalam Politik..




6 comments:

Anonymous said...

Hasan Ali pemimpin terbaik . . .

Khalid Samad pula pemimpin terbalikk.

Khalid Ibrahim tak ada pun tak apa.

Anonymous said...

Hasan Ali pemimpin terbaik . . .

Khalid Samad pula pemimpin terbalikk.

Khalid Ibrahim tak ada pun tak apa.

pemuda melayu kedah said...

mohon tuan linkkan blog saya ke blog tuan http://medantempurkedah.blogspot.com/
tq

Anonymous said...

kalo umno bersatu dgn pas. khalid nak masuk parti mana?? bagus kalo khalid masuk DAP. hehehe...

Anonymous said...

muka khalid ni ada iras2 mat indera, suruh dia masuk dap.

rahman said...

masuk dapig kena tahan telinga laaa kena panggil khalid metalik!@! amacam khalid lu suka nama baru... khalid metalik pun best apa!!

Powered by Blogger.