Dec 12, 2011

KHALID SAMAD HINA ULAMA' PAS - "SYAITAN TOPENG AGAMA UMNO!!"







Terus diburuk2 kan Exco Selangor, Hasan Ali. Apa silap dia? Dia telah menyebabkan PAS dan DAP tidak seteru dalam mentadbir Negeri. Apa contohnya? Melarang penjualan arak di kedai serbaneka di kawasan Majoriti Islam dan Melayu. Hasilnya? Hasan Ali diberi amaran dari pihak Lembaga Displin PAS Pusat kerana tindakan mengkritik Exco DAP.

Khalid Samad pada ketika itu di siaran yang kononnya diboikot Pakatan iaitu TV3 mengkritik tindakan Hasan Ali yang mementingkan Agama sendiri tanpa mejaga sensitiviti Agama2 lain terutamanya dari kalangan Pimpinan DAP.


Khalid Samad cuba 'menyedarkan' Hassan Ali bahawa Kerajaan Selangor merupakan perkongsian kuasa PKR, DAP dan PAS. Lalu cuba menjatuhkan prestasi Hasan Ali atau apa yang disebut KPI semasa kempen PRU12 dengan memerli PAS tidak memperolehi kemenangan besar dan menumpang pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

Di belakang tabir, Khalid Samad memburuk2 kan Hassan Ali dan cuba memfitnah beliau dengan mendakwa bekas Pemimpin No. 1 Selangor itu adalah Agen UMNO. Khalid Samad juga cuba memburuk2 kan JAIS yang didakwa Agen 'Perisikan' UMNO walaupun badan ini dipertahankan oleh Sultan Selangor sendiri.

Kemuncak kezaliman terhadap Hassan Ali, pada hari Hassan Ali dianugerahkan Pingat dari Sultan Selangor, Saari Sungib yang kini 'curang' dengan Puak Pro Ulama' PAS membuat kenyataan melalui laman Portal rasmi Pro Pakatan, Malaysiakini mengakui Hassan Ali tidak akan dipilih sekali lagi menjadi calon dalam mana2 DUN atau Parlimen di Selangor. Agak biadap.

Apa sebenarnya motif Khalid Samad melancarkan serangan bertubi2 ke atas Hassan Ali? Kuasa Politik. Kuasa politik yang kotor dicipta olehnya tersebar secara meluas dalam pimpinan PAS Selangor. 

Akan tetapi difikirkan balik ada baiknya juga Hassan Ali mendapat balasan sedemikian. Kerana beliau 1 ketika dahulu ketika era kegemilangannya di dalam politik mengherdik UMNO umpama kotor lagi busuk politiknya. Amat berbeza dengan PAS yang beliau dakwa, umpama Cahaya Nur memberi kehidupan baru yang bersinar. Adakah hari ini Hassan Ali 'bersinar' dalam PAS? FIKIR!!

Namun sekurang2 nya nilai murni Hassan Ali di dalam PAS dijulang Pemimpin2 Majlis Syura Ulama' PAS. Yang cuba lantang menentang PAS Pusat, tapi entah ke mana suara lantang itu. 'Disimpan' sahaja tanpa dilampirkan di dalam media2 PAS. Ulama' PAS diherdik dan dipijak2 tanpa diendahkan. Hanya menjadi maskot Parti semata2. SYABAS!!


0 comments:

Powered by Blogger.