Dec 14, 2011

KES MAHKAMAH HUSAM MUSA - TOPENG PERAK TUNTUT RM5 JUTA!!?






'Anak kesayangan' Nik Aziz yang sedang menanti saat ketika beliau dinaikkan takhta MB Kelantan kini berdepan dengan kes Mahkamah apabila beliau telah menyaman Haji Mohd. Faisal Rohban Ahmad, yang didakwa beliau kononnya merupakan blogger RBF Online. 

 

Perbicaraan yang kini telah sampai ke fasa Pembelaan dikejutkan dengan tindakan Husam di saat2 akhir menukar Peguam bagi berdepan dengan pihak lawan. Ianya menunjukkan dengan jelas sikap pengecut Husam berdepan dengan tuduhan yang dikeluarkan Blog RBF Online bertajuk "Husam dan Tamrin Balun Balak Kelantan RM15 juta."

Strategi kedua ini jelas memperlihatkan ketakutan Husam yang bertindak emosi mengeluarkan saman kepada individu yang beliau sendiri tidak pasti adalah empunya blog terbabit.


“Saya pun belum memberikan keterangan di mahkamah. Blog tersebut pun bukan milik saya, nama blog ruangbicarafaisal dan nama saya adalah Mohd. Faisal Rohban Ahmad. Pada 23 Oktober perkara yang sama juga dilakukan oleh harakahdaily.net dan Sinar Harian menyatakan saya pemilik blog sedangkan itu salah." 

Itu antara kupasan Haji Mohd. Faisal Rohban Ahmad yang kecewa dengan tindakan 2 akhbar rasmi terbabit sewenang2 nya menuduh beliau adalah pemilik blog tersebut.

Naib Presiden Pas itu menyaman Mohd. Faisal kerana mendakwa beliau adalah individu yang bertanggungjawab menyiarkan tulisan berunsur fitnah dalam blog RBF Online pada 3 Oktober 2009. Kes ini akan disambung semula pada 7 dan 8 Mac 2011.

Dalam pada itu, Husam juga dilihat tidak mendapat publisiti yang meluas daripada Media2 Maya termasuklah dari blog2 Pro Pembangkang. Malah blogger belaan beliau Topeng Perak dikatakan semakin 'demand' dengan meletakkan harga yang jauh begitu tinggi bagi membersihkan nama beliau berkenaan isu2 penyelewengan terhadapnya termasuklah yang dituduh melalui Blog RBF Online.


Mungkin Husam pada ketika ini sedang rindukan Kickdefella setelah blogger ini banyak membantu menaikkan imej beliau sehinggalah dipilih membarisi Exco Kerajaan Negeri Kelantan. 

 

Topeng Perak hanya tahu berjoli setelah kemaruk mendapat wang yang besar termasuklah perbelanjaan percutian di China seperti di paparan gambar di atas.

0 comments:

Powered by Blogger.