Dec 5, 2011

KERJASAMA SULIT - "SAYA AKAN SERTAI DAP JIKA HUDUD DILAKSANAKAN..!!"







Presiden MCA, Chua Soi Lek sekali lagi membawa suara songsang DAP berpendirian negatif mengenai soal Perlaksanaan Hukum Hudud. Kenyataan yang dikeluarkan di beberapa Laman Portal Pro Pakatan jika dilihat secara terperinci punyai kemusykilan dan perkaitan hubungan beliau bersama Parti pimpinan Lim Kit Siang itu.

Apa motif isu Hukum Hudud sengaja dibangkitkan berulang kali oleh Pemimpin Cina yang senasib dengan Anwar melalui pendedahan Video Seks ini? Adakah Soi Lek sengaja menggunakan platform suara DAP sebagai ugutan jahat agar beliau dipilih semula menjadi calon bagi kawasan Parlimen beliau sebelum ini iaitu Parlimen Labis.

MCA sejak sekian lama bersama anggota2 BN yang lain tidak pernah menimbulkan isu Hudud kerana keputusan bersama yang dicapai sejak Kemerdekaan Pertama pada 1957 tidak akan sama sekali menimbulkan isu2 sensitif sebegini.

Apa yang lebih menjangkalkan, beliau selaku Presiden dilihat bersendirian dalam isu ini dan tiada respons atau maklum balas sokongan daripada Peringkat akar umbi mengenai apa yang dinyatakan beliau. Rata2 Pemimpin MCA sejak dahulu bersama komponen2 yang lain tidak menganggap isu Hudud ini sebagai intipati yang perlu diperjelaskan.

Adakah Soi Lek membuat kenyataan mewakili Parti ataupun bersendirian? Atau sebagaimana yang didakwa beberapa Pemimpin MCA yang tidak menyokong beliau mendakwa beliau kerap kali bertemu dengan beberapa Pemimpin DAP? Soi Lek bawa suara DAP dalam BN?

Jikalau inilah cara kamu berpolitik, jangan harap PM akan pilih semula kamu. Kerana kamu dibenci masyarakat Cina di Negara ini.

AKU CABAR KAU MASUK DAP!!





3 comments:

Anonymous said...

Bila lagi nik aziz nak kata "saya masuk umno sekiranya umno sokong hudud?"

Anonymous said...

Persetan dengan hasutan pemimpin Pas dan pemimpin Umno. Jangan sekali2 termakan hasutan mereka semasa hendak memilih wakil rakyat.

Saya yakin Allah akan bersama dengan kita jika 2 perkara penting ini ada dalam perhitungan kita :

1. Aku mahu hamba Allah yang aku pilih ini mempertahankan dan memperjuangkan hal2 berkaitan agama islam dan penganut islam sama ada dalam Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat.

2. Aku mahu hamba Allah yang aku pilih ini mempertahankan dan memperjuangankan hal2 berkaiatan bangsa melayu, bahasa melayu dan raja2 melayu sama ada dalam Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat.

Anonymous said...

Salam, harap bongkar..soi lek dilihat bercuti ke europe sebelum raya haji ari tu. Anjuran kerajaan negeri penang @ DAP. Apa muslihat apek ni...bila rombongan sampai europe. Dia pun dah ada siap di sana. trip ini disponsor oleh pemaju yg dpt project free secara 'tender' ala koboi..baling tali dpt terus lembu. Ratusan ribu juga la pakej sponsor diorang ni.. Siap dpt ole ole utk bwk balik.. Pergh hebat..dgn BN pun sapu.. Dgn pembangkang pun sapu.. Sapa sapa cuba bongkar.

Powered by Blogger.