Dec 2, 2011

KEPUTUSAN KAJIAN - SUSU TEPUNG 1MALAYSIA ADA BAHAN KERACUNAN!!?






Percubaan Pembangkang untuk mencemar produk yang dikeluarkan Kedai Rakyat 1Malaysia akhirnya menemui kegagalan. Produk Susu Tepung 1Malaysia yang dituduh ada kandungan yang boleh mendatangkan bahaya buat pengguna adalah propaganda Pilihanraya semata2.

engguna dinasihatkan untuk tidak merasa ragu-ragu menggunakan produk susu tepung tumbesaran Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang didakwa mengandungi kandungan Vitamin A melebihi 15000 IU.

Ini berikutan dakwaan sesetengah pihak yang terkeliru dengan maklumat pada label produk mengenai berat bersih yang terdapat pada label berkenaan iaitu 30g bagi setiap sudu.

"Berdasarkan verifikasi daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kami mendapati bahawa, berat satu sudu Susu Tepung Tumbesaran KR1M adalah bersamaan dengan 30.0g," kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hassan Abdul Rahman dalam satu kenyataan.

Hasil analisis KKM itu juga mendapati pengambilan susu tepung tumbesaran sebanyak maksimum empat kali sehari adalah bersamaan dengan 120g dan ini menunjukkan kandungan Vitamin A dalam produk susu tepung tumbesaran KR1M adalah 3240 I.U bagi 100g.

"Berikutan hasil analisis tersebut kami mendapati bahawa kandungan Vitamin A dalam susu tersebut menepati piawaian Daftar 111, Jadual Kedua Belas Peraturan-Peraturan Makanan 1985 iaitu sebanyak 5000 I.U sehari," katanya.

Justeru, katanya pengguna kini tidak perlu lagi merasa was-was tentang produk yang dijual di KR1M kerana kementerian dari semasa ke semasa akan terus memantau setiap produk yang dijual di kedai berkenaan bagi memastikan ia sentiasa memenuhi dan mematuhi perundangan makanan.

Pembangkang sememangnya gusar dengan perkhidmatan penjualan produk Murah buat rakyat ini kerana ianya mengganggu pelan asal mereka untuk mempromosi BN Barang Naik pada PRU 13 kelak.



2 comments:

Anonymous said...

Pembangkang minum susu badan, Kesian Teresa kok, Elizabeth, Nurul, Wan Azizah dan betina-betina PKR terpaksa membekal susu-susu kepada ahli dan ahlulnya.

Pakcu Rantau Panjang said...

Terima kasih diatas info yang tuan paparkan mengenai keputusan kajian KKM mengenai susu keluaran KR 1 M.

Semoga kesahihan yang dinyatakan akan menghilang keraguan pengguna dan sekaligus menepis tohmahan dari pihak pembangkang.....semoga isu yang dibangkitkan nanti janganlah berlapik emosi dan agenda yang tersirat semata-mata.....walahualam

Powered by Blogger.