Dec 8, 2011

KAK WAN SAHKAN ANWAR & NAJIB AKAN ADAKAN P'TEMUAN SULIT!!?






Pertemuan... Sedang dirancang. Ianya tidak sulit sebenarnya. Ianya terbuka. Bukan berjumpa sebarang jumpa. Nak diadakan Debat. Melayan Pembangkang ini tak selesai tugas2 yang lebih utama selaku orang No. 1 dalam Kerajaan Pusat.

Anwar mungkin mahu tunjuk lagak hebat. Debat ini dirancang oleh Sekumpulan Mahasiswa belaan Anwar iaitu Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). Jikalau ianya dirancang orang Anwar, sudah pasti Anwar telah mengatur strategi agar ianya dapat mengaibkan Najib Tun Razak.

Dan apabila dianjur mereka, sudah tentu yang hadir juga merupakan puak2 Pro Pembangkang yang akan mensabotaj Najib agar ianya mampu menjatuhkan krelibiliti beliau selaku Perdana Menteri Malaysia.

Agaknya tidak berpuas hati dengan statistik yang dikeluarkan oleh UIAM yang mendakwa populariti Anwar selaku Pejuang Rakyat jatuh menjunam dipijak Najib yang semakin meningkat namanya. 



Hakikatnya Najib amat mengenali Anwar. Sejak dari Pemuda era 80an sehinggalah berganding bahu memegang jawatan Naib Presiden UMNO. Jangan pula sampai beliau membongkar keperibadian kamu. 

Najib, jangan dilayan orang2 Anwar. Banyak lagi tugas yang mesti diselesaikan dan ianya adalah Amanah seorang PM meneruskan tugas2 nya itu. Jangan dilayan puak2 yang terlalu ekstrim menentang Kerajaan.


0 comments:

Powered by Blogger.