Dec 31, 2011

KAJIAN DUNIA - VIDEO SEKS ANWAR & HASAN ALI SENARAI PALING B'PENGARUH!!







Cara dan tindakan Exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Ali diiktiraf oleh portal berita antarabangsa, Yahoo! sebagai antara tokoh paling panas bagi tahun 2011.

Dalam 10 tangga teratas, beliau menduduki tangga ke 6 dan merupakan dua individu, bersama bekas perdana menteri Itali Silvio Berlusconi, yang dinamakan sebagai berita politik terhangat 2011, manakala lapan yang lain ialah insiden, peristiwa kontroversi ataupun janji-janji pemimpin.

Dalam huraiannya, Yahoo! Malaysia menyifatkan Hasan sebagai seorang yang boleh menulis manual atau cara untuk “membuat musuh dan menyakitkan hati orang”.

“Ini adalah orang yang menyakitkan hati banyak pihak, dan beliau layak menduduki tempat ini berdasarkan tindak-tanduknya sendiri,” tambah laporan itu.

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu turut disebut sebagai individu yang sering menjadi berita muka depan akhbar pada 2011, terutamanya dalam isu siasatan Jabatan Agama Islam Selangor ke gereja Methodist Damansara Utama dan penggunaan kuasa solar talking-Bible untuk memurtadkan orang Islam.

“Beliau mengakhiri tahun 2011 dengan bergaduh dengan pemimpin PAS kerana ingin mewujudkan kembali isu perpaduan antara PAS dan Umno, dan memastikan bahawa beliau memasuki tahun baru ini tanpa dilupakan orang awam,” tambah laporan itu lagi.

Dalam carta Yahoo!, isu video seks merupai Datuk Seri Anwar Ibrahim di tangga ke 9.

Mengenai skandal video tersebut, Yahoo! berkata walaupun para penyokong Anwar menyatakan bahawa isu tersebut tidak merosakkan nama baik ketua umumnya, namun persoalan yang lebih besar perlu dijawab ialah adalah isu tersebut telah mengoyahkan keyakinan dan kepercayaan kepada para pengikut yang dekat dengan Anwar yang diibaratkan sebagai “God-sent leader”.

Tangga ke 8 pula diduduki oleh peristiwa Amerika Syarikat berundur daripada Iraq, diikuti kematian Kim Jong-iI di tangga ke 7, Perhimpunan Agong Umno di tangga ke 5 dan diikuti skandal seks Silvio Berlusconi di tangga ke 4.

1 comments:

Drakulla said...

Salam tuan, mohon link kan :
http://bandar-penawar.blogspot.com/

Powered by Blogger.