Dec 11, 2011

HARUN DIN BERANG HASAN ALI DISINGKIR - DAKWA HADI AWANG SUBAHAT DGN. PEMIMPIN MUNAFIQ PAS!!?






Beberapa Pemimpin PAS Pro Ulama' terkejut dengan tindakan PAS Selangor yang secara terbuka membuat kenyataan akan menyingkir ADUN Gombak Setia Hasan Ali daripada bertanding di mana2 DUN di Selangor waimah di kerusi yang beliau pegang pada ketika ini.

Mereka juga musykil dengan alasan yg diberikan PAS Selangor yg diwakili Saari Sungib menjelaskan Hasan Ali gagal mendapat undian yg. mencukupi di peringkat kawasan2 di bawah DUN Gombak Setia.

Ianya sama sekali bercanggah dengan statistik yg dikeluarkan pada Mesyuarat Majlis Syura Ulama' yg menjelaskan Hasan Ali pada ketika ini merupakan Pemimpin paling berpengaruh di Selangor terutamanya di peringkat akar umbi.

Salah seorang pemimpin Ulama' PAS Perlis mendakwa Timbalan Mursyidul Am PAS Prof. Dr. Harun Din agak berang dgn keputusan PAS Selangor menyingkir Hasan Ali dek kerana tidak seteru dengan rakan2 parti terutamanya DAP.

Harun Din mendakwa Hasan Ali merupakan seorang Pemimpin yang berpegang teguh thadp prinsip perjuangan parti malah tanpa beliau, Selangor tidak menampakkan sebarang perubahan dari aspek akidah di Negeri tersebut.

Harun Din didakwa ada memberi pesanan semasa Mesyuarat Majlis Syura Ulama' PAS agar bersiap sedia kerana ada usaha dari puak berhaluan kiri dalam parti untuk menyingkir beberapa tokoh Ulama` termasuklah beliau sendiri.

Ianya berdasarkan rekod yg disimpan melalui kenyataan Harun Din yang mahu Ustaz Nasha kekal sebagai Timbalan Presiden PAS kerana beliau dilihat serasi dalam mempertahankan dasar Syariah Islam yang diperjuangkan PAS bersama Hadi Awang.


Published with Blogger-droid v2.0.1

10 comments:

anakyatim said...

mohon di kongsi,tq

Anonymous said...

Ini POLITIK mereka, lantaklah....

Anonymous said...

Ini jelas menunjukkan PAS tidak ikhlas memperjuangkan Islam.

Hasan Ali, Harun Din dan mereka2 yang sehaluan adalah platform & pengaruh yang terbaik ketika ini untuk mengembangkan syiar Islam di Malaysia.

Mengapa PAS bertindak menyingkirkan Hasan Ali adalah kerana mereka terlalu taksub dengan perjuangan politik tetapi membelakangkan Islam. Pada mereka PAS itu adalah Islam. Mereka pun dah ada nabi sendiri.

Nak buat macam mana. Nasihat pun tak guna.

rosmanslim said...

itu tanda2 yg pasyit telap dirasuk olih anasir2 dapigionis bersama2 diguna-guna pelemah puak2 aljinggay waljuburi

zed said...

puak khawarij dh menguasai PAS!!!

Anonymous said...

to anti pas comments, did u vote PR in 2008, jika tidak....no point commenting!!

Anonymous said...

to anti pas comments, did u vote PR in 2008, jika tidak....no point commenting!!

Anonymous said...

Ust. haron dan Dr. Hassan sama-sama buat silap. namun keduanya tak berdaya keluar dari cengkaman parti.
tindakan mereka agak lewat, dahulu kewibawaannya sangat menyerlah dibidang masing2, penyertaan mereka tidak banyak membantu membetulkan sikap, kefahaman ahli2 untuk menaikan syiar Islam di negara ini dan tak adapon yg dapat dibangakan hasil perjuangan puluhan tahun, selain kerajaan yg memerintah hari ini.

Anonymous said...

Tudiaaaa....patutlah Dato Hassan Ali, ust. Nasha, Dato' Harun Din tak lompat keluar parti PAS sebab depa kena bai'ah dengan parti, kalau lompat parti kena cerai isteri talak 3....woooooo...kena balun macamana pun kena tahan jugak. nampak gaya puak2 ni akan gena gantung tak bertali la yer...kesian... aku sayangkan ulamak2 ni tapi aku benci PAS..nak buat macamana yer????

Sayangi Ulama Kita said...

Xpela,lmbt laun ulama2 ni akn sedar jg yg pas dh jd kuda tunggangan DAP.wallahualam..

Powered by Blogger.