Dec 22, 2011

DEDAH RANCANG SISA ANWAR - CHOO KEONG KEMBALI B'SAMA PKR!!?






Sebelum ini MP Wangsa Maju, Wee Choo Keong yang kini berstatus Ahli Parlimen Bebas telah memperlihatkan momentum positif beliau menyokong usaha yang dibawa PM Najib Tun Razak membawa konsep 1Malaysia. Bekas wakil rakyat PKR ini turut membogelkan Anwar dengan penglibatan jahat Ketua Pembangkang itu yang menjadi salah 1 faktor beliau bertindak keluar parti.




Namun isu lama kembali bergegar. Menurut sumber maklumat beberapa Wartawan Media, satu demonstrasi telah diadakan melibatkan peniaga-peniaga sebuah Bazaar yang menjadi tumpuan pengunjung sekitar KL, UPTOWN Danau Kota. Demonstrasi ini berpunca daripada tindakan Choo Keong yang diberitahu menjadi dalang dalam usaha menutup terus tempat perniagaan yang majoritinya melibatkan Kaum Bumiputera.

Ramai di kalangan peniaga tidak berpuas hati apabila mendapat maklumat tersebut lalu dengan kerjasama sebuah NGO iaitu IKHLAS telah menganjurkan demonstrasi bantahan beserta penyerahan memorandum kepada Choo Keong.

Namun setakat yang diberitahu wakil ibu pejabat MP Wangsa Maju menafikan dakwaan itu dan berpegang kepada maklum balas secara rasmi.

Sebelum ini, pihak DBKL yang katanya juga ada disebut terlibat dalam perancangan penutupan UPTOWN memberi arahan agar perniagaan hanya boleh beroperasi 5 hari dalam seminggu. 

Isu ini pernah menjadi panas seketika 1 ketika dahulu apabila terdapat penglibatan bersama peniaga di sebuah Restoren Cina berdekatan mensabotaj untuk menutup bazaar berkenaan. Pada ketika itu Choo Keong masih berstatus Ahli Parlimen mewakili PKR. Poster di atas telah menjadi salah satu bahan kempen beberapa blog yang beroperasi di Parlimen Wangsa Maju seperti Blog UMNO Cawangan Gombak Selatan.

Ianya bertambah panas setelah Choo Keong menyerang Pengerusi BN Wangsa Maju Dato' Shafei Abdullah yang juga merupakan Setiausaha Politik Datuk Seri Najib dengan membuat dakwaan melakukan penyelewengan berkepentingan peribadi.

Namun isu tersebut dilihat tidak lagi dibangkitkan malah Choo Keong dilihat hadir dalam beberapa program anjuran Kerajaan Pusat.


Artikel berkaitan (klik pada tajuk di bawah) : -


1.  WEE CHOO KEONG DAKWA RONNIE LIU T'LIBAT PEMBUNUHAN TEOH BENG HOCK!!?

5 comments:

laman izzs said...

saudara, mohon linkkan blog saya ke blog saudara lamanizzs.blogspot.com

Anonymous said...

bro..penduduk kawasan berhampiran pun suka uptown nie dipindah..kalu x leh pindah, meniaga 5x seminggu..bkn ape, sejak uptown ade nie, kawasan tu dh x aman..pecah kereta, parking sesuka hati, gengsterism sume ade..rempit jgn citer la..yg bwk kete cam org gila kt area perumahan pun bersepah..nie sy ckp sbg penduduk ye..kalu ade kompromi dr dua2 belah pihak lg bagus..cuma peniaga2 nie sume x leh bwk bincang..asyik nak gaduh je..almaklum la, mostly dr negeri serambi..gombak selatan ape tau, duduk pun luar kawasan ibu kota-danau kota-setapak indah..tny la cawangan ibu kota ke kalau nk tau ape masalahnye..

Anonymous said...

5 hari seminggu untuk yg ada tapak pasar malam hari khamis,bg yang xde..peniaga hanya boleh berniaga 4 hari sahaja dalam seminggu berbanding 6 hari berniaga sebelum ni.

Anonymous said...

pasal tu la kene bwk bincang...umno patut jd org tgh...jgn jd tukang tuang mnyk..yg nak ngundi penduduk kt danau kota n kawasan setempat, bukan peniaga2 tu..peniaga2 tu sure blk kelantan undi pas..deal kn la supaya pasar malam tu scrap..jd 5 hari straight..dr rabu sampai ahad..isnin selasa off..kn senang..aku pun ade kawan meniaga kt sane..drang bg cadangan camtu..so dbkl pun tolak ansur la..penduduk pun bleh tolak ansur..at least 5 hari x la teruk sgt..sewa tapak pun dbkl patut kurangkan..umno kene pikir camtu, jgn nak ikut sgt budaya PR, x puas ati demo maki hamun..

Anonymous said...

Ini bukan isu kaum, ini isu masalah penduduk di kawasan ini yang membayar cukai. Rumah merupakan tempat untuk berehat setelah balik kerja dan menjadi tempat untuk berlindung. Sejak wujudnya bazar nie masalah-masalah berikut telah berlaku dalam komuniti kami iaitu:

1. Masalah bising dan mengganggu terutama pada malam hari.
2. Masalah tempat letak kenderaan terutama pada hujung apabila pengunjung parkir dihadapan kediaman dan menyusahkan penduduk.
3.Terdapat gejala pecah kereta dan kejadian mencuru dan beberapa masalah sosial melibatkan remaja.

Powered by Blogger.