Dec 1, 2011

CHIN PENG BANGGA - KAUM INDIA MAHU PANCUNG KAPLA NGA KOR MING!!






ADUN DAP kawasan Pantai Remis yang juga Setiausaha DAP negeri, Nga Kor Ming  memohon maaf kepada Menteri Besar  Dato’ Seri Dr Zambry Abdul Kadir kerana memanggilnya sebagai “black metallic.”

“Kepada semua pihak yang tersinggung dengan kenyataan saya itu termasuk  Dr Zambry, saya ingin memohon maaf,” demikian satu kenyataan permohonan maaf beliau keluarkan di  Kuala Lumpur Rabu.

Ketika kenyataan ini dikeluarkan, Menteri Besar Perak berada di ibukota untuk menghadiri Perhimpunan Agong UMNO.

Beliau yang juga ahli parlimen Parlimen Taiping mendiamkan diri selama seminggu sebelum mengeluarkan kenyataan ini setelah pelbagai pihak tampil mendesak beliau memohon maaf kepada Menteri Besar.

Satu laporan polis juga dibuat oleh IPF di Ipoh Selasa.

Nga dipetik menggelar Dr.Zambry sebagai “black metallic” dalam ceramah di Kemunting tidak lama dulu dalam satu program anjuran PAS. Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu turut hadir.

Seperti cuba menegak benang basah, Nga dalam kenyataan itu menjelaskan bahawa kenyataannya mengenai “hitam metalik” itu telah disalah tafsir kerana beliau hanya merujuk kepada pengambil-alihan kerajaan negeri Perak oleh Zambry dan Barisan Nasional yang dianggapnya tidak sah.

“Secara peribadi, saya tidak membenci Dr Zambry. Saya anggap semua rakyat Malaysia sebagai saudara,” katanya.




Sebelum itu, Pertubuhan Kebajikan Wawasan Kesejahteraan Insan  atau ringkasnya Wawasan membuat desakan agar beliau memohon maaf kepada Zambry dan melepaskan semua jawatan dalam parti itu.

Kenyataan Wawasan itu dibuat melalui Fauzi Muda terkandung dalam sebuah memorandum yang dinamakan “Memorandum Bantahan Terhadap Kebiadaban, Keceluparan Serta Sikap Perkauman Melampau oleh Setiausaha DAP negeri Nga Kor Ming.”

Memorandum itu diserahkan kepada wakil DAP, Siew Lee Wah di Wisma DAP, Ipoh Rabu.

ADUN Slim Dato’ Khusairi Abdul Talib mendedahkan perkara ini ketika sidang DUN Perak minggu lalu dan kemudian semasa ditemui para wartawan, beliau dengan panjang lebar menamakan Nga dan juga kata-kata kesat terhadap Menteri Besar yang dibuat Nga dalam ceramah itu.

Ironinya ceramah itu dihadiri Timbalan Presiden PAS Mat Sabu tetapi parti berkenaan membenarkan Nga meneruskan ucapan tanpa meminta beliau menarik balik pengunaan kata-kata yang besifat rasis dan menghina itu.

Fauzi berkata Wawasan  tersinggung  kerana  kenyataan Nga itu secara keseluruhannya  bersifat penghinaan kepada rakyat di negara ini yang multi ras, agama dan warna kulit.

“ Wawasan, mendesak Nga segera memohon maaf secara terbuka kepada Menteri Besar serta seluruh rakyat negeri ini khususnya yang berkulit hitam.

“Kami mahu dia letak jawatan dalam DAP dan tidak lagi dicalonkan untuk mana-mana kerusi di peringkat Parlimen (Nga ialah ahli parlimen Taiping ) atau Dun dalam pilihanraya ini”

Fauzi berkata andaikata DAP gagal menunaikan kehendak Wawasan, parti itu akan terus dianggap bersekongkol mengamalkan dasar penghinaan kepada kaum-kaum lain di negara ini.

Dalam konteks ini beliau percaya isu berkenaan  boleh menjejaskan perpaduan kaum yang wujud sejak sekian lama di negara ini, khususnya di Perak.

Katanya lagi “inilah contoh politik kotor dan licik yang dimainkan  DAP. Kami bertanya rakan-rakan mereka daripada Pas dan PKR  adakah mereka bersetuju dengan tindakan ini.

Sementara itu, Naib Presiden Wawasan, Chong Wew Tat berkata, sebagai wakil rakyat, Nga  Kor Ming tidak wajar mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Kami kesal dengan tindakannya itu dan kami mendesak agar dia  segera memohon maaf. Jika kita nak orang hormatkan kita, kita mesti hormat orang lain, tetapi dia  tidak hormatkan orang lain,” tambah Chong lagi.

Laporan : Agenda News Portal

5 comments:

Anonymous said...

MB Perak patut saman Kor Ming kerana menghina beliau. Maaf sahaja x mainla. DAP rasis ni x boleh percaya.

Anonymous said...

lagi pelik penghinaan dan cemuhan itu di pentas PAS dan mereka membenarkan saudara sesama islam mereka di hina, di kutuk sedemikian rupa...aku hilang hormat pada PAS sejak si MAT Syabu ni pegang jawatan..celaka kamu mat syabu!

Mohd Zairi said...

Nga bukan memohon maaf. dia cuba menunjukkan dirinya mangsa blogger dan media. cuba baca kenyataan penuh "permohonan maaf" beliau.

Versi sebenar ketika ceramah:
"..... di negeri Perak Darul Kaput ini, kita ada Menteri Besar Hitam Metalik, yang haram jadah itu, masuk dari pintu belakang, naik kapal selam dari Pangkor, tapi kapal selam itu naik dengan Mongolia punya ....."


Versi dalam "permohonan maaf":
“Kini negeri Perak ada Menteri Besar Hitam Metalic yang haram dan masuk ke pejabat SUK menerusi pintu belakang menaiki kapal selam Najib."

http://notakanan.blogspot.com/2011/12/mb-perak-hitam-metalik-penipuan-dalam.html

Anonymous said...

Bila kita kata PAS ni bodoh, bahlul dan bangang, dia tak boleh terima.

Bila kita kata PAS diperbodoh, diperkuda dan diperlembukan oleh DAP, dia marah.

PAS ni memang Parti Ajaran Sesat. Membenarkan Cina Kafir Sial menghina, mencerce dan mengeji sesama bangsa seagama dan mereka boleh turut sorak dan gelak sekali. Parti Islam konon . . . tapi tindakan lebih macam parti kafir / munafik.

Memalukan kaum saja. Duduk berkumpul ramai2, pakai kopiah dan mengutuk sesama bangsa.

Anonymous said...

pakai serban n songkok tue feysen sja,pas mana lg islam....smua nyer bertopengkan syaitan...tk ler muka2 org pas tak da seri langsung.

Powered by Blogger.