Dec 4, 2011

BOB LOKMAN HINA AZNIL MUNAFIQ SERTAI UMNO!!?






 Kehadiran Pengacara No. 1 Malaysia Aznil Haji Nawawi bukan sahaja menolak tanggapan mengenai sokongan artis2 tanah air terhadap Kerajaan semakin berkurangan, malah Aznil yang diminati segenap masyarakat di Negara ini membuktikan Kerajaan Pusat yang diterajui BN masih releven.

Rata2 artis yang menyertai Pembangkang adalah puak yang kecewa dengan beberapa isu yang sebenarnya mampu dikecapi jika punyai jiwa dan semangat meningkatkan mutu kerjaya masing2.

Aznil dilihat sebagai contoh artis yang bermula dari bawah dan tidak pernah bergantung kepada apa2 keistimewaan serta insentif untuk memajukan kerjaya beliau. Malah, Aznil pernah berpengalaman merasai zaman kejatuhan mendadak setelah kontrak bersama TV3 tidak diperbaharui 1 ketika dahulu.

Penyokong2 PAS yang terlihat kelibat gambar Aznil yang hadir memberi sokongan pada Perhimpunan Agung UMNO semalam menganggap beliau munafiq kerana menggunakan pengaruh dan populariti sebagai pameran buat peminat beliau untuk turut serta bersamanya menyertai UMNO.

Sambil memuji langkah Bob Lokman menyertai PAS, Aznil sewajarnya malu dengan tindakannya itu yang menyokong sebuah Parti yang sangat kotor dakwanya.

Huh. Bob Lokman ini baru sahaja menyertai PAS, tidak sampai sebulan sudah diberi pengikhtirafan Ulama'. Beliau diberi ruang untuk memberi ceramah Agama di Ceramah2 PAS malah di dalam Masjid. Bagaimana bekas Komposer Isabela ini boleh diikhtiraf dengan lagak dan bongkak merasakan diri sudah sempurna lantas mengherdik rakan2 beliau seangkatan yang masih mencari rezeki dalam bidang industri seni?

Aznil sewajarnya dipuji kerana walaupun telah mengecapi kegemilangan dan kemuncak kejayaan dalam karier bidang Pengacaraan, beliau masih ada rasa rendah diri dan sentiasa tidak menganggap dirinya hebat.

Perbezaan yang amat ketara. Memang jika dipandang dari segi pemakaian, Bob Lokman bak Khalifah, Aznil lebih tampak berfesyen barat. "Don't Judge Book by a Cover." Syabas Aznil. 



9 comments:

Anonymous said...

Aznil tidak hipokrit..sungguh pun beliau menyokong UMNO, beliau tidak mencampur adukkan politik dgn kerjaya.Ada ker kita mendgr sekelumit publisiti utk UMNO semasa beliau mengacara apa jua majlis di tv waima semasa menjd dj radio..beliau seorg yg profesional...

Berbanding Bob Lokman yg kini sudah diberi gelaran "ustaz".malah apa jua katanya di iakan oleh para penyokong PAS sehingga mampu mengklasifikasikan warga Johor sebagai murtad..

Semoga Allah akan mengampuni kita hambanya yg lemah dan selalu terleka..

PRU-13 yg bergendang, ayuh warga UMNO tunjukkan kesetiaan anda kepada parti. Undilah UMNO dan BN.

bujangsenang said...

salam...plz link my blog..
http://bujangsenangbn.blogspot.com

Anonymous said...

BOB? BOB WHO?!!

Kalau ye pun dah berserban skrg tak payahlah nak menghina org lain bob oi... lepas hina rakan artis, hina pulak org politik. dulu konon ckp duit jadi artis tak berkat sb tu anak2 hancus... anak2 hancus bkn sebab rezeki kamu sbg artis tu bob... anak2 hancus sb kamu yg tak reti didik. brapa ramai artis lain yg sara anak2 tp anak2 elok saja kehidupan dunia akhirat. inilah kalau berubah ATAS LANDAS KEKECEWAAN... jalan mudah menebus kesilapan sendiri.

Anonymous said...

Tak habis habis mencerca dan mengaibkan orang lain demi untuk menunjuk kepada pemimpin PAS dialah yg sebenarnya terbaik dikalangan artis. Sedarlah Bob bahawa lagi kamu caci dan lagi kamu cerca maka pahala kamu bulat2 diberi Allah pada mereka yg telah kamu fitnah dan cerca itu. Sanggupkah kamu demi mempopularkan diri dgn juak juak PAS maka kamu sanggup hilang pahala mu kepada mereka yg kamu cerca. Jangan anggap bahawa bila PAS mengelar kamu 'Ulama maka kamu bebas bercakap sesuka hati. PAS hanya berani menghentam UMNO tapi berkasih sayang dengan si rasis DAP!!! Bob, cuna buat solat Istiharah jika mahu tahu dilandasan mana yg patut kamu berada. PAS hanya tahu memecah belahkan umat Islam/Melayu namun UMNO adalah parti yg memperjuangkan hak orang2 Melayu termasuk diri kamu dan ahli2 PAS itu sendiri. Jangan jadi barua kepada parti yg menyokong ideologi kominis dan mempersendakan agama Islam. Bertaubatlah Bob, jika kamu masih waras.

Anonymous said...

Hak menyokong apa-apa parti tu adalah hak individu. So org PAS jangan lah nak tuduh org tu munafik. Umpama Saudara Bob Lokman, anda nak sokong PAS itu hak dia dan yang penting jangan sampai menabur fitnah apabila berceramah tu sudah lah. Yang paling dihairankan ialah kenapa PAS suka membawa isu yang kesahihan nya boleh dipertikaikan bukan kah itu boleh menjadi fitnah dan fitnah tu kan ditegah olah Islam. Sekarang ramai dah terfikir adakah PAS itu sebenar-benar mengikut cara ISlam atau hanya bertopengkan Islam. Abang Bob Lokman kenapa tak pakai nama yang diberikan oleh ibubapa semasa lahir kedunia atau masih nak pakai nama Bob sebab sayang glamor hilang ker?

Anonymous said...

PAS tu Islam ke??? setahu aku ramai jer org2 yg munafik, hipokrit,syiah dan taklid buta dalam PAS ni...hmmmm...hampmehhh

Anonymous said...

Nampak aje orang PAS macam baik tapi kaki bomoh juga. Biarlah orang menilai kita, tak perlu kita memanggil orang lain munafik. Suka, suka lu aje Bob nak masuk bakul naik lif. Lu ni jelas kurang pandai. PAS tak akan mengajar lu jadi pandai berfikir.

Anonymous said...

Si Kucing Bob ni memang tak de otak dahh..otak dia telah di brainwash oleh PAS dgn title `Ustaz' dan di beri peranan besar untuk mentarbiyah ahlul Pas yang rabun2 ttg perjuangan mereka. Maka tak heran jika ada bekas geng2 seangkatan dia dulu yg memilih parti politik selain dari Pas, dia lah orang pertama yg akan menghentam. Seolah2 dia dah nampak dosa dan pahala serta syurga dan neraka serta menjatuhkan hukum seseorang tu samada jahil, munafik bahkan murtad jika artis2 laen tu tak menyertai dan masuk kelompok atau puak dia. Ini lah kejayaan dan peranan terbesar si Kucing Bob ni setelah `berhijrah' ke PAS.

Anonymous said...

Woh..baru masuk sebulan dah leh bergelar ulama PAS, kalau macam nih adik aku umor 7 tahun tuh dah tentu jadi ulama besar PAS kalau dia masuk PAS,adik aku kalau banding ngan ulama2 PAS, jauh lagi tinggi ilmunya.tapi kalau banding ngan ustaz2 atau ulama2 yang betul2 mengajar agama kat sekolah2 dan secara umum mmg hanya mengajar agama,yg benar2 ikhlas kerana Allah dan bukan politik bodoh dorg,mmg adik aku rendah sangt2..boleh kata tak tau pape pun. p.s: Jangan nak samakan politik bodoh korang ngan politik Rasullullah,politik Rasullullah sangat cantik.

Powered by Blogger.