Dec 9, 2011

MAHU BELA KELUARGA - TENGKU FAKHRY SAMAN KETUA POLIS NEGARA!!






Tengku Fakhry anakanda Sultan Ismail Petra hari ini dilaporkan telah mengeluarkan saman ke atas beberapa individu yang didakwa terlibat dalam penangkapan terhadapnya serta bertindak di luar batasan undang2 mengarahkan pihak IGP mengepung kereta yang dinaiki Sultan Ismail Petra.

Apa yang mengejutkan, antara nama yang disenaraikan bakal berdepan dengan saman Tengku Fakhry termasuklah Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar bernilai RM 150 Juta. Selain Tan Sri Ismail, turut menerima saman yang sama termasuklah ASP Norazman Ismail, bekas Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi dan Polis Diraja Malaysia.

Tindakan Tengku Fakhry bakal menggegar semula pergolakan Keluarga Sultan Kelantan yang didakwa beberapa pihak masih menjadi bualan mulut masyarakat Negeri Kelantan.

Krisis Istana Kelantan kecoh setelah tersebarnya Video yang memaparkan tindakan pihak IGP mengepung kenderaan Sultan Ismail Petra yang dalam perjalanan ke Singapura bagi menjalani rawatan penyakit yang baginda hadapi pada ketika itu. 

Setelah itu Tengku Muhammad Faris Petra telah dilantik menggantikan Ayahanda beginda dinobatkan sebagai Sultan Kelantan.


1 comments:

Anonymous said...

DAULAT TUANKU ALSULTAN MUHAMMAD IV..

TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA..AMIN..

Powered by Blogger.