Dec 21, 2011

ATHIRAH UGUT KETUA MUSLIMAT PAS SOKONG HASAN ALI!!







Tindakan Ketua Penerangan PAS Pusat, Aiman Athirah yang membuat kenyataan mengejut menghentam Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Hassan Ali memusykilkan beberapa AJK Muslimat PAS di Peringkat Negeri. 

Ramai di kalangan mereka mendakwa Athira tidak mengadakan sebarang mesyuarat berkenaan isu tersebut sebelum menyatakan pendirian mewakili sayap parti ini. Sememangnya Athira dikatakan individu yang menjadi 'spy' Kumpulan PAS Pro Erdogan ianya tidak dilihat menyokong Pemimpin2 PAS yang memperjuangkan Syariah secara total.

Sungguhpun Athirah telah sekian lama membuat tindakan diktator sedemikian, namun kenyataan membabi buta menghina Hassan Ali dianggap sudah melampaui batasan malah membelakangi pendirian beberapa Dewan Muslimat PAS yang menyokong Hassan Ali dan Ustaz Nasha.

Dikatakan masih ada puak2 yang menyokong pendirian Pro Ulama' itu yang rata2 nya merupakan Penyokong Kuat bekas Ketua Muslimat PAS sebelum ini Ustazah Nuridah.


Lagi Artikel Berkaitan (klik pada tajuk di bawah) : -


5 comments:

Anonymous said...

Aku orang Pas. Sokong Hasan Ali. Macam Hasan Ali tak suka Pas pakat dengan DAP. Pas dihina oleh DAP bila mereka tentang secara biadap Negara Islam dan Hudud.

Aku tak suka Umno. Tapi untuk PRU 13 ni aku tak boleh bagi Pas menang. Aku kena bagi Umno menang lagi. Dulu Umno menang aku sedih, tapi kali ini jika Pas kalah ditempat aku adalah kerana 1 undi dari aku dan 5 undi dari adik beradik aku akan pergi kepada Umno.

Selagi Pas masih dengan DAP, selagi itulah aku dan adik beradik tak akan mengundi Pas. Tapi jika Pas break dengan DAP, aku bawa lebih ramai lagi kaum keluarga ku untuk bersama menyokong Pas.

Aku tak benci Pas tapi terpaksa kerana aku tak suka DAP.

Anonymous said...

aku tak sokong PAS dari dulu sampai la ni. Setat dari Alaahyarham Fadzil Nor sampailah ke Hadi Awang. Semua nya munafik. Termasuklah Pok Nik. Keluar fatwa bukan bukan hanya untuk kepentingan puak sendiri, Dulu APU sekarang PR, semuanya hampeh. Lihat pakaian saja Islam tapi hati busuk di dalam. dengan kapir harbi boleh bekerjasama tp dgn sesama Islam buat musuh. Aku akan bawa 10 orang adik beradik pangkah undi UMNO untuk selama-lamanya dan bawa lebih ramai lagi sokong PAS bila tolak kapir harbi dan bersatu dengan UMNO.

Anonymous said...

Aku sokong UMNO pada dasar nya-tapi kalau calon nya corrupted dan temberang lebih baik aku sokong PAS ( golongan ulama not the endrogen pro Al juburi)- Aku lebih suka kalau UMNO dan PAS bersatu especially golongan Ulama. Kalau ini terjadi kita tak usah risau lagi tentang Islam, Melayu dan Raja2 lagi- semua nya akan terjaga, inshyallah.

Anonymous said...

Aku suka UMNO dan PAS bersatu demi perpaduan melayu dan Ummah.Tak rugi kalau melayu bersatu padu,lupakan sejenak kepartian.Takmustahil ada tolakansur ke arah persepakatan dlm satu bangsa.Rugikah kalau UMNO dan PAS bersatu?????

Anonymous said...

Pada 1998 bila Anwar dipecat Mahathir... Hassan Ali, bekas PTD, Pengarah BTN... bagaikan pelarian politik .. terutama ketika diktator Mahathir mula melakukkan tangkapan politik melalui ISA..

Hassan akhirnya berkata Allah memberi petunjuk untuk bersama perjuangan Islam melalui PAS... PAS memberi kedudukan kepadanya, NP.. MP Parit Buntar & ADUN Sg Burung,.... ADUN Gombak Setia....

Pada 2008 bila hasrat jadi MB tipis, suara hassan agak sumbang senada dengan tempo UMNO.... dan 2011 beliau seakan2 menyesali bersama PAS...

Pada saya, disaat2 gentir UMNO hari ini.... mereka sedang mencari setiap dahan untuk dipauti walaupun dahan yg dah reput.... ketika ini sahan diri Hassan dah sikit naik.. jika hassan nyatakan untuk bersama UMNO sekali lagi.......prospektif kerjaya, ekonomi & glamour dikaca TV untuk dirinya amat baik ...

Powered by Blogger.