Dec 24, 2011

ARTIKEL HARAKAH HINA HAMID OTHMAN SEJAM SEBELUM MENINGGAL DUNIA!!?





Tan Sri Abdul Hamid Othman (tengah)


SHIT.. Carut.. Mencarut.. Buku yang tajuknya membawa maksud tahi ini pernah menggegar Negara dengan nukilan seorang yang merupakan Sasterawan Negara Shahnon Ahmad. Beliau yang diikhtiraf Kerajaan Malaysia 1 ketika dahulu telah menyertai PAS pada tahun 1998, era pemecatan Anwar Ibrahim.



Shahnon juga tampil berani bertanding di sebuah kerusi Parlimen Sik, Kedah dan dikejutkan dengan kejayaan penulis Novel ini menumpaskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada ketika itu, Tan Sri Abdul Hamid Othman.

Ya. Tan Sri Abdul Hamid Othman, telah menemui Ilahi petang semalam (Jumaat). Secara mengejut beliau rebah diserang strok di Maju Junction Kuala Lumpur. Namun akhirnya beliau tidak dapat diselamatkan.


Allahyarham merupakan seorang tokoh Agama yang banyak menyumbang tenaga mental dan fizikal dalam memastikan Islam sentiasa diperkasa di setiap Pengurusan dan Pentadbiran Kerajaan Malaysia. Sumbangan beliau pada era pemerintahan Tun Mahathir sekitar 1990an sememangnya memberi cabaran besar tatkala Negara berdepan dengan cabaran era kebangkitan Teknologi Maklumat.

Allahyarham juga menjadi sasaran politik PAS pada PRU10 tahun 1999 dengan merendah2 kan ketokohannya. Malah tindakan serangan politik tersebut berjaya menggagalkan beliau untuk terus kekal di Parlimen Sik.




Setelah tewas, Arwah tidak dilantik semula membarisi Kabinet Malaysia. Ianya bukan kerana berdasarkan prestasi kerja beliau. Malah khidmat beliau masih diperlukan. Lantas Mahathir melantik beliau sebagai Penasihat Agama Perdana Menteri.

Khidmat beliau juga diteruskan semasa pemerintahan Pak Lah sehingga 2009.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke masjid Taman Tenaga Puchong pagi ini untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Bohol, Jalan Klang Lama selepas solat Zohor.

 

5 comments:

mentibang said...

Mmg dh sah betebiat....ehehehe

j3bat said...

Allahyarham meninggal di hari Jumaat.

Kesudahan yg baik untuk Allahyarham.

eterangan seperti ini memang ada di dalam beberapa riwayat yang shahih dari Rasulullah SAW. Salah satunya adaah hadits berikut ini:

عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَمُوتُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَوْ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ إِلا وَقَاهُ اللَّهُ فِتْنَةَ الْقَبْرِ. رواه الترمذي 1074.

Dari Abdullah bin Amru ra. berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda, Tidaklah seorang muslim meninggal di hari Jumat, kecuali Allah lindungi dari fitnah kubur.

Anonymous said...

Alhamdullillah beliau menghembuskan nafasnya pada hari Jumaat, penghulu segala hari dan suatu kesudahan yang baik. Semoga rohnya dicucuri dan dirahmati oleh Allah s.w.t.

Kita tak tau lagi bila dan hari apa kita akan dijemput oleh Ilahi.

Sama-sama kita tengok siapa lagi yang Allah akan menjemput mereka pada hari Jumaat.

Warga Sebelum Merdeka

Anonymous said...

Innallillah hiwainnallillahiroji'un... Takziah kepada keluarga arwah. Didoakan mudah2an roh arwah ditempatkan bersama-sama para solihin....amin..

anti bohmau said...

AlFatihah.

ambo suka dengar Allahyarham berbicara - lembut, tenang, teratur & penuh santun. tak pernah ambo dengar Allahyarham mengeluarkan perkataan yg buruk2 apalagi memaki hamun kpd sesiapapun. sepanjang perkhidmatannya, Allahyarham telah menjalankan tugas dgn baik & jarang menghampakan sesiapa sj yg menjemput beliau ke majlis mrk...
semoga Allah SWT memberkatinya & menempatkan rohnya bersama orang2 yg diredhai. Amin.

Powered by Blogger.