Dec 28, 2011

AMANAT TUNKU ABDUL RAHMAN - "DAP BAKAL JADI PARTI P'BELA MELAYU!!?"






Gambar di atas dirakamkan ketika Tunku bersama Parti Melayu Semangat 46 akibat termakan hasutan dan bisikan jahat Ku Li pada ketika itu. Pada masa itu ramai yang menganggap agak mustahil Tunku dapat menerima DAP selaku rakan seperjuangan politik. Akan tetapi, ianya telahpun berlaku. Kenapa? Hanya kerana mahu menentang pemerintahan Tun Mahathir. 

Di bawah Gagasan Rakyat, Semangat 46 telah bekerjasama DAP menentang BN dan dalam pada masa yang sama, bergabung tenaga dengan PAS atas platform gabungan berbeza iaitu Angkatan Perpaduan Ummah. Kita akan lihat pada ketika itu Pemimpin2 PAS dan DAP begitu menyanjung Tunku sebagai jaguh dan pahlawan kemerdekaan Negara. Malah menggunakan namanya sebagai alat membelasah pemerintahan Tun Mahathir yang didakwa derhaka pada bapa kemerdekaan Negara.



Namun manusia tidak pernah sempurna. Kesilapan Tunku itu akhirnya beliau sendiri kesali lalu sempat kembali bersama UMNO pimpinan Mahathir sebelum menemui ajal. Maka DAP dan PAS kembali menghina Tunku yang didakwa mereka bukan memerdekakan Negara, akan tetapi menjadi pencacai menjual Negara.

Jikalau dahulu gambar seperti di atas ini agak mustahil berlaku, kini 1 perkara yang lebih mustahil jika direnungkan 1 ketika dahulu, telahpun terjadi. Pemimpin Veteran UMNO bertindak keluar parti, dan menerima penyertaan keahlian membarisi Pimpinan DAP. Mustahil?



Semuanya bakal terjawab pada 1 masa yang terdekat kelak, setelah bekas Pemimpin UMNO Negeri Sembilan Aspan Alias, kini sedang memikirkan tawaran untuk menyertai DAP.
Malah parti pimpinan Karpal Singh itu menawarkan beliau sebagai salah seorang calon untuk bertanding pada PRU13 kelak. Selain beliau, turut sedang memikirkan tawaran tersebut seorang lagi bekas  UMNO Pulau Pinang, Datuk Ariff Sabri Abdul Aziz.

Kita seringkali berbicara politik mempertahankan perjuangan Agama, Bangsa dan Negara. Kita acapkali berbicara politik dalam mempertahankan Rukun Negara yang terkandung salah satu daripadanya Perlembagaan Negara. 153 itu angka keramat kononnya.
Namun bagi pemimpin2 UMNO seperti Aspan Alias dan Datuk Ariff ini, politik itu adalah kuasa sekadar platform politik memajukan diri semata2. Jaga periuk nasi sendiri lebih baik.


Jangan pula beliau menggunakan alasan yang pernah digunakan Anwar ketika menyertai UMNO 1 ketika dahulu, "Hendak mengIslamkan UMNO." Setelah Hadi Awang menfatwa bahawa setiap ahli UMNO itu kafir. Islam di dalam UMNO telah sekian lama ditanam malah semakin kuat utuh dari semasa ke semasa, alih2 Anwar pula didakwa PAS bersikap seperti orang kafir.

Adakah Datuk Ariff ada tujuan yang hampir serupa? Hendak 'memelayukan' DAP pula? Jika merujuk pengalaman Anwar, Datuk Ariff  dan Aspan bakal dimurtadkan bangsanya sendiri.


Artikel berkaitan (klik pada tajuk di bawah) :-

1 comments:

YB Raz said...

inilah pengkhianat orang melayu..dulu bersumpah nak jaga agama, bangsa dan negara..tapi last last lupa tu semua..

tapi yelah dalam politik ni semua benda boleh jadi..lagipun masuk mana mana parti politik bukanlah tuntutan agama..terpulanglah pada individu tu sendiri.

Powered by Blogger.