Dec 24, 2011

AL FATIHAH - ADUN PAS KELANTAN MENINGGAL DUNIA!!







Innalillahi Wainna Ilaihi Raaji'un. Baru sahaja mendengar berita kematian Tokoh Agama Tan Sri Abdul Hamid Othman petang semalam, kita dikejutkan pula dengan kematian salah seorang ADUN PAS di Kelantan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Tendong, Pasir Mas iaitu YB. Dr. Muhammad bin Daud telah dikhabarkan meninggal dunia sebentar tadi. Mengikut beberapa sumber, beliau tidak mengalami sebarang penyakit kronik akan tetapi beliau meninggal dunia secara mengejut ketika berada di tempat kediaman beliau.
  
Semoga roh beliau dicucuri Ilahi. Walaupun berlainan ideologi politik, akhirnya kita ditempatkan di pusara yang sama. Kerana kita adalah insan beragama ISLAM.

Salam Takziah buat keluarga beliau dan Kerajaan Negeri Kelantan.

6 comments:

Anonymous said...

Jgn lupa masukkan tiket besok.Moga perjalanan beliau tidak tersekat2

Anonymous said...

Sdr Tuan Rumah,

Saya kagum kerana tuan menghadiahkan Al-Fatihah walaupun dari parti yg berlawanan.

Kita serahkan kepada Allah.

Anonymous said...

Tak perlu kagum, sebenarnya inilah tuntutan agama sebagai sesama islam..

Skrg kita berpecah sebab fahaman politik yg sempit..kita menganggap parti kita seperti agama...kalau tak sokong parti, bermakna menentang islam...astaghfirullah!!

Anonymous said...

Tok Nik Aziz yang keluar masuk hospital tak mati mati tapi yang sihat segar bogar mati..inilah kebesaran Allah. Al-Fatihah.

Anonymous said...

Innalilah......alfathihah...semoga roh kedua allahyarham ditempatkan di kalangan orang yg beriman.Semoga khidmat bakti mereka mengiringi roh sebagai amal jariah.Amin....

Ghazali said...

Menghadiahkan al Fatihah kepada roh si mati adalah sunat di dalam Islam asalkan si mati beragama Islam. Dalam hal ini polisi kepartian hanya dibawa oleh Parti PAS. Merekalah yang memulakan dengan mengkafirkan orang-orang bukan Pas pada mulanya tetapi kini lebih ekstreme dengan mengkafirkan sesama bangsa/kaum dengan usaha mengkafirkan orang UMNO. PKR lagi teruk, dengan slogan ABU. Maknanya LGBT boleh, Athies boleh, Kafir boleh, apa sahaja boleh...asalkan bukan .... faham sendiri. Manusia apa begini....

Powered by Blogger.