Dec 23, 2011

AGEN UMNO - HARUN DIN WARNING MUSTAFA ALI JGN. BERSIKAP CELAKA!!







Kelihatan sehingga hari ini PAS sepertimana yang didakwa beberapa Pemimpin puak berhaluan Sekular masih gagal memberikan bukti bahawa Hassan Ali bakal menyertai UMNO dan telahpun mengadakan perbincangan berkenaan hal ini.

Tindakan Perang terhadap Ustaz Nasha dan Hassan Ali yang secara rasmi telah diisytihar oleh SU PAS Pusat Mustafa Ali adalah merupakan tindakan memakan diri. Malah kedua2 Pemimpin jika diperlihat melalui fakta bukanlah punca pergelutan yang berlaku pada hari ini.



Didakwa Harun Din sendiri mendesak agar pengisytiharan rasmi itu ditarik semula kerana ianya jelas bukan sahaja 1 langkah yang bertentangan Syiar Islam, akan tetapi mewujudkan fahaman berkumpulan atau berpuak2 secara terbuka dalam parti.

Kedua2 pemimpin ini didakwa telah sekian lama berdiam diri dan hampir setahun dipinggirkan pihak Media bagi membuat sebarang kenyataan hanya kerana isu yang mereka bawa itu tidak dipersetujui Pakatan.

Ustaz Nasha yang turut dikaitkan bakal bersama UMNO telahpun membuat penafian keras dan mendakwa jelas ianya fitnah malah beliau telah sekian lama berikrar akan terus bersama perjuangan sebenar PAS.


Harun Din mendakwa apa yang berlaku yang menjadi punca Ustaz Nasha dihina dan dipulaukan dek kerana bekas Timbalan Presiden PAS ini hanya mewakili PAS mengadakan perbincangan dengan UMNO mengenai kemantapan Islam di Negara ini. Tidak pernah timbul sama sekali isu Kerjasama dalam membina Kerajaan UMNO/BN. (Lihat kenyataan rakaman SULIT Ustaz Nasha di atas)




Malah ianya telah diputuskan melalui Mesyuarat Majlis Syura Ulama' PAS yang dipersetujui sendiri oleh Presiden PAS Hadi Awang. Turut serta dalam perbincangan itu termasuklah dari Dewan Pemuda PAS dan Muslimat PAS. (Video Shahrizat bersama Muslimat PAS di atas).



Harun Din tidak melihat sebarang masalah kerana Islam sememangnya menyarankan perbincangan secara berhemah dalam memantapkan kekuatan Islam di Negara ini. Mahu tidak mahu, UMNO tetap merupakan parti yang 100%  melibatkan sejumlah ahli besar beragama Islam. (Lihat kenyataan rakaman SULIT Hassan Ali di atas)

Bagi beliau, PAS bakal rebah bukan disebabkan parti lawan, akan tetapi Pemimpin2 Sekular ini telahpun membuat percubaan ke arah itu.

Artikel berkaitan (klik pada tajuk di bawah) : -



3 comments:

Anonymous said...

Bosan dengan sendiwara orang PAS ini semua..

Anonymous said...

ini lah akibat kalau ulamak di pinggirkan dan golongan sekuler di angkat, pasti akan rosak dan hancur..

skrg, golongan ulamak yg bercakap mengenai islam dan perpaduan akan dipandang hina dan dipinggirkan dlm Pas..

Pas parti yg telah rosak... hanya menunggu roboh...

balasan manusia yg mempermain2kan agama utk undi, kuasa, politik, habuan dan segala2nya

Anonymous said...

Aku takpa kalau PAS roboh. Melainkan PAS pertahankan hak dan majukan kepentingan Melayu, Islam dan institusi Raja Raja. Mcm kata Dr Hassan Ali.

Powered by Blogger.