Nov 29, 2011

ULAMA' PAS DEDAH - DEMO 500 MAJLIS PEGUAM TUNTUT MANSUH UNDANG2 SYARIAH!!






Majlis Peguam yang dipimpin Ambiga hari ini berdemonstrasi menuntut 'keadilan' membantah penggubalan Akta Perhimpunan Aman 2011 kononnya melanggar hak demokrasi rakyat Malaysia.

Laporan Malaysiakini menyebut 500 Peguam berkumpul berdemonstrasi di Kelab Taman Perdana Diraja. Malaysiakini cuba menggambarkan kebangkitan Peguam2 di Negara ini membantah Akta terbabit. Siapa 500 peguam yng terlibat? Kesemuanya adalah lahir dari Bar Council Malaysia. Tiada seorang pun dari Peguam Syarie. Oh lupa. Mereka kata Peguam Syarie 'Rasis'.

Ingat semula apa tuntutan mereka selama ini yang katanya bakal membawa kebebasan demokrasi di Negara ini?

Sebelum ini Bar Council pernah menuntut hak kebebasan beragama dengan membenarkan Individu beragama Islam menukar Agama lain. Dalam erti kata lain, dibenarkan Murtad. Begitu 'demokrasi' tuntutan mereka.

   
Apa lagi? Bar Council juga menuntut agar kaum yang terjebak dengan gejala Gay dan Lesbian diberi ruang dan kebebasan untuk menggunakan platform mahkamah bagi membela nasib mereka agar tidak dihina dan tersisih. 1 lagi Sistem 'Demokrasi' yang benar2 memberi 'kebebasan' kepada rakyat.


Bar Council juga yang menuntut agar penggunaan nama ALLAH dibenarkan sebagai nama tema bagi Tuhan mewakili Agama2 lain yang ditentang hebat oleh Timbalan Mursyidul AM PAS Dr. Harun Din dan MP PAS Baling Ustaz Taib Azamuddin seperti Video di atas.
Inilah dia barisan Peguam2 yang bakal dinobatkan sebagai pencetus 'kebebasan suara rakyat' jika Pakatan menang kelak pada PRU13. Inilah dia barisan Peguam2 yang secara sukarela membela nasib Anwar yang terlibat di dalam pertuduhan meliwat Saiful Bukhari, walaupun yang berani tampil hanya 1% daripada kesemua peguam yang ada.


Pemimpin yang memperjuangkan apa yang disebut 'BERSIH' Pilihanraya turut lahir dari Bar Council iaitu Ambiga. Yang PAS dok kata hanya sokong beliau memimpin BERSIH tapi tak sokong tindakan beliau membantu perjuangan hak kebebasan Gay / Lesbian. Oh?

Inilah Peguam yang bakal membarisi Pimpinan Undang2 di Negara ini jika Pakatan diberi peluang menakluk Kerajaan Pusat.

'Pakej' yang terbaik. 'Syabas'. Maka akan lahirlah Malaysia sebuah Negara 'BEBAS'. Syabas terutamanya buat Barisan Ulama' PAS.

PS : Confirm artikel ini akan dituduh rasis dari pihak mereka. Huh. Ini bukan rasis. Ini adalah hak demokrasi berpaksikan Agama Rasmi Negara, Islam. Mungkin bab itu semakin dilupakan.


6 comments:

Anonymous said...

majlis peguam tu topeng kepada parti pembangkang!!!, semua tindakan yang dilakukan adalah menentang islam sebagai agama rsami di Malaysia.. hanya PAShit sahaja yang bangang, bodoh, bebal, buta, bingai, badigol, bahlol!!

hitch said...

aku x kesah digelar racist...nak panggil aku super duper racist pun xpe...mmg itu hakikat diri aku...!aku mmg racist...so what??....

Helang Merah said...

Bukan PAS sahaja ; sesiapa saja yang menyokong tindak-tanduk untuk mencetus huru-hara di negara ini, perlu ditentang. Yang cerdik akan dapat melihat agenda sebenar puak-puak ini. Lihat siapa yang menyokong mereka ? Kenapa Peguam-Peguam Syarie tidak bersama mereka ? Adakah ini bermakna peguam-peguan syarie sudah nampak niat tak elok kumpulan jahat ini ? Kita tak terkejut jika puak-puak jahat ini disokong oleh segelintir ahli politik pembangkang. Kumpulan ini akan sokong apa saja asalkan tercapai niat buruk mereka , ia itu memburuk-burukkan kerajaan melalui penentangan kepada dasar-dasar kerajaan walaupun dasar-dasar itu ada meritnya. "Biar mampus negara asalkan niat tercapai" ... inilah slogan dan doctrine mereka ! Bolehkah kita, rakyat yang ada pendidikan dan maruah diri, menyokong puak durjana ini ? Relakah kita turut merendah maruah diri sendiri dengan bersekongkol dan menyokong penderhaka dan pengkhianat2 negara ? Tergamakkah kita menggadai segala maruah dan 'kehormatan' ???
Ingat, segala yang dicatur dan dilakukan oleh puak-puak durjana ini mempunyai agenda tersembunyi. Kita jangan jadi naif dan memikir insiden ini adalah semata-mata satu perhimpunan membantah sesuatu rang undang-undang atau dasar kerajaan. Sesungguhnya ia adalah sebahagian daripada agenda besar atau sebahagian rentetan perancangan untuk menghapuskan dominasi kuasa politik yang sepatutnya berada di tangan kaum majoriti pribumi negara. Ingat juga, selagi segala penghapusan TOTAL dari semua sudut belum tercapai, kita akan dipersembahkan dengan adegan-adegan seperti hari ini. Percayalah, adegan-adegan ini memerlukan sokongan dan penglibatan mereka yang sanggup menjual maruah diri sendiri dan sanggup menderhaka kepada bangsanya dan negaranya. Agama dan maruah bangsa akan diketepikan oleh penderhaka dan pengkhianat2 ini. Kepada mereka KUASA lebih diutamakan daripada agama ALLAH ! Percayalah !!! Semoga kita diberi hidayah untuk dapat berfikir dan membeza di antara apa yang BAIK dan apa yang JAHAT !!!!

hakikat said...

jgn tak tahu saya ramai rakan dikalangan peguam. dan saya berani ckp... ramai peguam di malaysia adalah golongan dua alam!! cuma mereka pandai sembunyi... jgn tak percaya ramai dr mereka juga melayu islam malah ada yg bertudung litup...

Anonymous said...

aik,... asal lain nih... asal pic ni campo dgn bersih lak nih.. setahu aku majlis peguam negara je.. eh eh eh. yg membace jadik cerdik.. sekrg google je.. jgn slh google... tapis bace btol2..

Anonymous said...

Kalau aku PM dah lama aku simpan KEPALA dia kat kemunting,macam singapore x bagi muka langsung pada pembangkang dan sampai sekarang singapore ok je x de satu negara pun pulaukan dia.

Powered by Blogger.