Nov 30, 2011

"UCAPAN SHAHRIZAT HEBAT.. ZURAIDA CEMAR MARUAH WANITA PAKATAN!!" - MUSLIMAH PAS.






Ucapan yang disampaikan Ketua Wanita UMNO Shahrizat Abdul Jalil pada Persidangan Wanita UMNO sebentar tadi turut mendapat respons positif dari kalangan beberapa anggota Muslimat PAS.

Salah seorang anggota Muslimat PAS Kawasan Gombak menganggap Ucapan Shahrizat memperlihatkan beliau berdepan dan membalas serangan musuh sebagai seorang ahli politik yang berhemah. Tidak ada serangan baas berbentuk peribadi terhadap Zuraida.

Walaupun agak sedikit kecewa kerana mengaitkan Wan Azizah, akan tetapi desakan tersebut sememangnya lebih releven jika dibandingkan dengan kerahan Zuraida mendesak Shahrizat berundur.


"Benar, jika bercakap di dalam perang Politik, ramai lagi dari kalangan Muslimat PAS yang lebih layak memimpin Kementerian (Pembangunan Wanita) berbanding Shahrizat. Akan tetapi kalau nak minta cadangan Kerajaan pada masa kini, saya rasa tak ada yang lebih layak memimpin kementerian tersebut melainkan Shahrizat."

"Zuraida tak patut menyerang Shahrizat bertubi2 tanpa mempamerkan bukti jelas bagi setiap pertuduhan yang dilemparkan. Dia kalau profesional jumpa Shahrizat tanya. Shahrizat seorang yang amat peramah dan sentiasa menerima kritikan. Ini sudah dikira mengaibkan wanita lain walhal kita (Wanita Pakatan) canang pada rakyat menyelar dan mengutuk perbuatan serangan yang mengaibkan seperti ini."

Shahrizat pada Ucapan Dasarnya pagi tadi menganggap Zuraida biadap kerana mempamerkan tuduhan yang tidak releven dan agak memalukan apabila terlalu obses dan 'teruja' mengaibkan beliau seolah-olah tidak punyai adab da sopan.

Wanita punyai daya pembawakan anjakan politik yang berbeza. Lantas jangan jadi seolah2 kita lupa akan maruah Kaum Hawa yang kita selaku pemimpin mesti lindungi.


5 comments:

Anonymous said...

"Benar, jika bercakap di dalam perang Politik, ramai lagi dari kalangan Muslimat PAS yang lebih layak memimpin Kementerian (Pembangunan Wanita) berbanding Shahrizat. Akan tetapi kalau nak minta cadangan Kerajaan pada masa kini, saya rasa tak ada yang lebih layak memimpin kementerian tersebut melainkan Shahrizat."

Ayat di atas adalah ayat paling sial pernah aku baca dan dengar.

Bila masa pulak muslimat PAS prihatin dengan wanita Islam di Malaysia ni? Selama ni Shahrizat lah yang bersungguh-ssungguh membela kaum wanita terutama ibu-ibu tunggal.

Sial punya muslimat PAS. Aku muslimat PAS jugak dulu. Betapa peritnya hidup ni sesudah korang menganiaya aku dan anak-anak aku.

_Bekas Muslimat PAS yg teraniaya_

Muhammad Hafizuddin Bin Nordin said...

Berdasarkan ayat "puan" saya boleh katakan bahawa bukan muslimat PAS yang menganiayai "puan" dan "anak-anak puan" tapi "puan" sendiri. seorang "ibu" yang tanpa segan silu boleh sedap-sedap men"sial-sial" boleh ke mendidik anak-anaknya sendiri?

sikulipat blogsport said...

luahan hati seorang ibu...yg kecewa dgn kepimpinan muslimat PAS la tu..di tiada pembelaan..tenaga di kerah utk muslimat hingga terabai ttg anak anak...

Muhammad Hafizuddin Bin Nordin said...

Itu bukan masalah, masalah akan timbul apabila tidak boleh menguruskan masa dengan betul, dalam muwasafat tarbiyyah sendiri pun ada pandai menguruskan masa. Jangan menyalahkan orang lain sebelum kita nilai diri sendiri

Anonymous said...

huhu..jgn bercakap spt kita dpt merasai keadaan seseorang...tp nasihatilah dgn cara berhemah. Jgn menghukum seseorang seperti kamu lebih mengetahuinya...Jd, kalau nak suruh org nilai diri sendiri dulu..sya rasa saudara perlu tanya diri saudara terlebih dahulu..

Powered by Blogger.