Nov 14, 2011

'TANDUK KERBAU' SONDOL PKR - PRM DEDAH ANWAR SOGOK SYED HUSIN ALI RM1 JUTA!!?





Parti Rakyat Malaysia (PRM) dilihat bukan sahaja masih bernyawa, malah berikrar akan berhadapan menentang PKR yang telah menjadi penyebab utama perpecahan Parti ini.

Presiden PRM yang baru dilantik, Rohana Ariffin berkata, parti itu akan bertanding di Balik Pulau di Pulau Pinang dan kerusi Selayang serta Petaling Jaya Selatan di Selangor. Ini adalah salah satu isyarat buat parti milik Anwar itu agar tidak bersikap diktator menentang arus perjuangan PRM yang sekian lama berjuang sejak sebelum kemerdekaan Negara tercapai.

Beberapa Pemimpin PRM turut memberi amaran kepada PKR agar tidak sama sekali mengusik beebrapa Pemimpin sedia ada dengan memberi sogokan wang demi mencapai kemahuan serta kepentingan politik peribadi.

Presiden PRM turut menafikan sekeras2 nya dakwaan bekas Presiden PRM yang kini hanyut disogok Anwar mendakwa parti yang pernah disertai Ahmad Boestaman ini telahpun dibubarkan. Ia kata beliau adalah satu kenyataan yang sengaja dilontarkan agar masyarakat menganggap Parti ini tidak lagi wujud.

Anwar kata mereka sememangnya kemaruk mahukan kuasa sehinggakan sanggup memecahbelahkan parti yang beliau pernah janjikan akan terus mekar dan menjadi salah sebuah parti yang bakal beliau pertahankan ketika parti ini membarisi gabungan Barisan Alternatif 12 tahun dahulu.



2 comments:

Megat Alam Gempita said...

Samo-samo parti dajjal satu cap mata, satu lagi cap kepala lembu, bila dah bergabung lagi terserlah kedajjalannya. Mano dio Tuan Syed Hussien ni sojak jadi Tuan Senator sonyap jo, konyang apo?

Anonymous said...

aku mengenali tuan syed melalui arwah bapa mertua aku.
arwah bapa mertua aku mnjadi ahli PRM sejak tahun 1958 selepas keluar dari UMNO.
Arwah adalah terlibat dengan penubuhan UMNO bahagian SLIM RIVER sebelum pilihanraya pertama.
beliau keluar Umno kerana kecewa dengan sikap wakil yg dipilh setelah menang.
Arwah berjuang didalam PRM di kawasan hulu selangor.
saudara Ahmad Bustamam,Kasim Ahmad,Syed Husin,mendiang saudara Karam Singh Variah(peguam populer sebelum Karpal Singh)bukan asing bagi keluarga kami di tahun2 70an.
bapa mertua aku meninggal dalam keadaan dhaif..tak ada harta atau wang ringgit ditinggalkan untuk kami.
yang ditinggalkan untuk kami hanya berpuloh kilo risalah PRM
(macam s/kabar suara keadilan sekarang)dan surat2 antara pemimpin PRM ketika itu.
akhirnya kami jual pada harga 20sen sekilo.
tuduhan pak syed menerima wang itu betul tau tidak aku tak pasti..mungkin benar mungkin tidak.
hati manusia bolih berubah.
jikalah benar..aku rasa orang yg paling kecewa adalah arwah bapa mertua aku jika beliau masih hidup.
pak syed yg kami kenal dulu mungkin bukan pak syed yg ada sekarang.

apa pun...aku ucapkan selamat panjang umor,dimurahkan rezeki,diberikan kesihatan yg baik.
semoga ALLAH memberi hidayah buat pak syed..
harapan aku..pak syed akan meninggalkan nama yg baik sebagai pejuang keadilan untuk rakyat demi ugama,negara dan bangsa.
tak semua pejuang dan pemimpin layak disanjung dan dihormati bila telah mati..
banyak antara mereka layak dikencing atas kubor mereka bila mereka mati.

"saudara Megat Alam Gempita"
lambang PRM tersebut bukan kepala lembu.
itu lambang kepala BANTENG.
orang yg cerdik dapat membeza antara anak kucing dengan anak harimau walaupun dua2nya dimasukan dalam satu guni walaupun bunyi suaranya hampir sama.

lembu dengan BANTENG tak sama walaupun punya empat kaki.
ada masa pergi ke zoo negara lihat dan bandingkan perbezaanya.
tak semua yg berkaki empat bodoh macam lembu.

salam dari kg serigala,hulu selangor.

Powered by Blogger.