Nov 17, 2011

"SEMUA KESILAPAN SAYA DI MUKA BUMI INI ADALAH SALAH UMNO!!" - ANWAR IBRAHIM.





Senang hidup macam tu kan? Hidup salahkan UMNO je. Yang betul semuanya datang dari Anwar. Yang salah semuanya berpunca dari UMNO. Pertuduhan jahat melibatkan dirinya sepanjang hidupnya dalam politik adalah kesilapan UMNO. Mudahnya hidup kau Anwar. Lupakah bahawa parti UMNO ini lah yang menaikkan imej kamu dalam politik.

Dulu masa dalam UMNO bongkak. Hentam PAS kata Ulama' Terompah. Adakah kenyataan kamu itu adalah berpunca daripada Pemimpin2 UMNO? Masa kamu dok menari di Genting Highland dengan perempuan yang orang2 PKR nak cover kata Wan Azizah tu, adakah itu salah Pemimpin2 UMNO?

Itu baru cerita masa dalam UMNO. Kira menipu pun ada jugalah logiknya. Dah keluar UMNO, tubuh PKR pun bila buat silap salahkan UMNO juga. Sampaikan setiap inci kesilapan kamu adalah angkara UMNO.

Siapa yang buat pengakuan dirinya diliwat kamu? Saiful Bukhari itu siapa? Salah UMNO. Siapa yang dedahkan Video Seks kamu? Sahabat kamu Dato' Eskay. Pun salah UMNO. Siapa yang mengiyakan kesemua perbuatan kamu itu? Bekas Peguambela yang kamu julang Zulkifli Nordin, pun salah UMNO.

Semualah salah UMNO. Kalau bini kamu Wan Azizah buat pengakuan seperti bekas2 sahabat kamu ini, kamu nak salahkan UMNO juga?

Sudahlah Anwar. Bertaubatlah. Jangan jadi munafiqun bak kata Ketua DEWAN Pemuda PAS, Nasruddin Tantawi.


7 comments:

Anonymous said...

BUKAN Kesilapan perbuatan!!! Tetapi setiap PERBUATAN SONGSANG Aku SENDIRI adalah.....konspirasi UMNO!

KL BOYZ said...

Salam, minta link blog KLBOYZ.
http://klboyzwangsa.blogspot.com/

Anonymous said...

Dulu masa dalam UMNO, persekitarannya yang sebegitu mungkin mempengaruhi sikap Anwar ketika itu ... kini setelah berhijrah, barangkali penghijrahan yang membawa kepada perubahan ...

-Krizalid'9999-

Cherok To' Kun said...

Apakah kerosakan dalam UMNO sebelum sept 98 dibuat oleh anwar yg menyebabkan org bencikan UMNO? apakah benar politik wang di dalam UMNO dulu sudah merebak ke lain2 parti setelah keluarnya Anwar dari UMNO? setelah UMNO dirosakkan, Malaysia pulak yg dirosakkannya....

Faris Adli said...

UMNO bersalah kerana menyebabkan Anwar ada anak Izzah..hahahaha

Anonymous said...

Berani buat berani tanggung.Dosa sendiri,sendiri tanggung.Org lain tak menanggung dosa kita.

Anonymous said...

Haah..! betul tu semua kerja salah yang dia anggap betul tu kerna UMNO, yang taram duit masa jadi menteri kewangan dulu pon UMNO yang suruh dia buat dia tak salah kerna dia dalam UMNO, UMNO lah yang salah.. anak dia nurul izzah ada duit dalam bank israel berjuta USD tu pon UMNO yang suruh dia simpan sana, wakahkahkah.. Lahanat yang akan disiksa didalam lahad lagi, siapkan lah diri..alllahuaalam..

Powered by Blogger.