Nov 15, 2011

PROTON KELUARAN TERBARU 2012 TAK DIIKHTIRAF DUNIA!!?





Model Terbaru Proton 2012 | PROTON Holdings Berhad (Proton) mengesahkan akan mengeluarkan model terbarunya yang dilengkapi enjin Campro 1.6 turbo tahun depan dan ketika ini produk berkenaan dikenali dengan kod P3-21A.

Pengarah Urusan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, kereta terbabit ialah rekaan terbaru yang tiada kaitan dengan model Persona seperti dijangkakan umum sebelum ini.

Proton mengumumkan kesediaan untuk mengeluarkan sebuah model global baru bermula Februari tahun depan. Dengan pengumuman ini, bermakna proton telah bersedia untuk melancarkan model terbaru proton yang mungkin bakal pengganti model Persona.

Akan tetapi ia bukan model gantian atau kesinambungan kepada Persona. Ramai orang kaitkannya dengan Persona. Ianya tidak sama sekali. Banyak spekulasi yang bermain di fikiran apakah mungkin model terbaru proton adalah Proton Tuah yang pernah dipertontonkan sebelum ini? Apa pun, syabas buat proton kerana sifat berdaya saing dalam pembangunan globalisasi era kini.


Dan diharap pengeluaran kenderaan Nasional kali ini masih mempunyai harga mampu milik buat kaum bumiputera dan golongan yang berpendapatan sederhana. Saksikan salingan kenderaan baru proton yang yang maksudkan itu.

Syed Zainal Abidin berkata, kenderaan terbaru Proton itu akan turut dikeluarkan syarikat China yang sudah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) untuk mengadakan perbincangan lanjut mengenai kerjasama antara mereka sehingga Disember ini, Hawtai Motor Group Ltd (Hawtai).

“Proton dan Hawtai saling memerlukan dengan perbincangan kini berkaitan proses pelaksanaan seperti meletakkan sumber dan struktur. Saya teruja Proton mengembangkan bisnes dan pendapatan bukan saja daripada menjual kereta, tetapi kejuruteraan, lesen dan lebih penting, kami kini berada di pasaran kereta terbesar dunia tanpa melabur terlalu besar.

“Kenderaan hasil kejuruteraan Proton yang dikeluarkan Hawtai itu menggunakan jenama mereka, tetapi produk berkenaan dimiliki syarikat perkongsian, sekali gus menyaksikan Proton akan memperoleh pendapatan melalui pemerolehan peralatan, jualan komponen dan kejuruteraan,” katanya.



22 comments:

Anonymous said...

Tahniah Proton. Namun Ada sedikit persoalan pokok yang memerlukan jawabanya...

A. Adalah enjin Campro ini telah memenuhi kehendak Euro V.?

B. Berapa peratus local content?

C. Berapa banyak local vendor terlibat dalam projek ini?

D. Adakah model ini Export ready Dan mampu bersaing di Medan antarabangsa dengan harganya yang kompetitif Tanpa "subsidi" seperti Savvy di Thailand?

E. Kenapa model Proton lambat tukar?

F. Mengapa Proton lebih mempercayai orang luar dari Rakyat tempatan untuk jadi Ketua Jabatan?

G. Sehingga kini masih tiada berita mengenai Kilang CKD Proton di India? Sudah Lima than dalam perancangan? 

H. Bagaimana status Proton di Iran Dan Indonesia? Mengapa kilang di tutup?

I. Bagaimana menilai prestasi Proton? Adakah jumlah jualan, atau jumlah vendor bumiputra, jumlah component tempatan, atau jumlah eksport?

Segala jawapan positif dari soalan ini Akan pasti menangkis segala  persepsi negative mengenai Proton.

Anonymous said...

Join dengan biskut Hwatai pulak

YB Raz said...

campro turbo? hahahaha buang je..masuk enjin mivec atau GSR juga..itu yang terbaik.

Anonymous said...

Blum Cuba Blum tau........kita tgk dulu.....

nofy jamil said...

cantik!! persis FORTE!

Brahim Nyior said...

Pergh.. Kecur ayo lior aku tengok foto model baru Proton ni..

Ada peluang nak tukor nih.. Tahun depan, .. Canteeeeeeeeeeeeeeeekkk..

Anonymous said...

rakyat malaysia yang x reti bersyukur?

Anonymous said...

YB Raz said...
campro turbo? hahahaha buang je..masuk enjin mivec atau GSR juga..itu yang terbaik.

Tuesday, November 15, 2011

>> MIVEC n Campro bnda yg sma la chaii... ad0yai... MIVEC, CAMPRO, VTEC, VVT, DVVT ada lah sistem yg sma... :)

Malaysian first said...

As salam...

Yg diketahui pasal kete & Proton ni;

1) Model ni engineering dia dibuat dek Magna Styer...
2) Guna High Tensile material utk certain body part yg BMW, Skoda, VW guna..Kete Jepun tadak pakai. Ringan & keras giler..dulu paling keras savvy 590MPa skg pakai High Tensile 1470MPa.. Material ni kena dipanaskan then baru bentukkan shape dia..
3) Senior Director Proton : Org Jerman..Dr Epple dr BMW, Purchasing pun Jerman, Klaus Liske..Kepala dkt Tg Malim India Inderjit yg dh keje dgn kompeni2 besar..Budak tempatan ramai le.. Yg org luar semua Director2 je..Nk gi global le katakan
4) Proton lmbt coz kena mula dr sketch.. Perodua & lain2 kat Malaysia depa copy design dr mother company.
5) Kat India investment kena besar..if not kena letak syarikat tempatan India mcm Maruti ka, Mahindra ka, Tata ka depan nama Proton tu.. Volkswagen invest 40juta euro dlm masa 6 bulan utk penetrate market India.
6) Iran depa suka brg2 jerman. Indon suka kete2 mcm kijang or MPV..Then semua negara mcm Indon, India & etc nak enjin diesel coz petrol depa mahal giler.
7) Local content dlm 70% to 80%
8) Enjin Campro dh lepas sampai UK, Ozzie..tak tau la dh lepas Euro V..nanti nak buat Hybrid & EV..
9) Vndor terbabit ramai..but dibahagikan kepada Tier 1 (anchor) & Tier 2 (sub to Tier 1)..Body lain, Trim (Bumper, Plastic part etc) lain..Enjin sendiri, mcm power window dtg dlm betuk module..Lampu Robert Bosch Penang, Cermin MCIS Sg Buloh, Meter guna VDO Penang.
10) Prestasi diukur dr segi jualan..Masalah nak refer figure eksport susah.. MAA hanya ada info Malaysia market.

Anonymous said...

MALAYSIAN FIRST DAH JAWAP SEMUA PERSOALAN MENGENAI KERETA INI...SOKONGLAH KERETA MALAYSIA MACAM RAKYAT JEPUN DAN KOREA.ADA MASLAH KOMPLEN XPER NANTI PASTI PROTON BUAT PEMBETULAN..POWER WINDOW SEBAGAI CONTOH KINI ADA JMINAN PERTUKARAN SECARA PERCUMA...BAGILAH PELUANG KAT PROTON....

Anonymous said...

PROTON tolong buat rebranding balik logo tu... mcm main2 aje sedangkan itu patut nampak yg paling class... apapun aku tetap sokong proton... support malaysian products!!

JoN said...

motor gua modenas kriss 115cc(dh 12thn langsung x pnah bukak enjin, steady je smpai skrg) keta gua yg 1st iswara cares(yg kaler ijau thn 90'an) seken car wira thn 96 n third car wira gak thn 2003 x)
so gua pedulik hapa org nk kutuk proton pun sbb maintenance part mudah n murah kalo nk banding ngan brand jepun yg len n tahan lama gak keta proton nih. yg dok mengadu x tahan lama tuh jnis belasah ikut suka ati n kedekut nk maintenance keta sndiri je mana x cpat lingkup keta tank pun leh lingkup gak kalu perangai camtu

ajai62 said...

Assalam Bro

Baru angkat Persona Highline untuk orang rumah berulang alik pergi kerja... OK apa mantap... Beli kete ni nasib2... siapa kata kete mahal tak rosak... kekadang baru beli dah masuk balik tukar parts... Kita orang sokong PROTON... Maybe lepas ni mahu angkat Exora untuk bawa family gi jalan2....

kuda hitam said...

a'ah...diaorg suke sgt komplen.kete cantik komplen,kete tk brape nk cantik lg la diaorg komplen.aku punye kete wira aeroback beli tahun tahun 2004 sampai skrg..alhamdulillah.tk pernah bikin hal pon.rezeki agaknye.tayar spare pun tk pernah guna walau skali pon.

1dlm1000 said...

"....Proton yang dikeluarkan Hawtai itu menggunakan jenama mereka." Apa dah jadi?, tak dak jati diri?, sama macam ali baba lah? Nama itu penting!

Anonymous said...

Untuk bersaing di persada dunia Proton harus mampu bersaing di arena antarabangsa.

Mohon bijak pandai Proton dapat menjawab beberapa soalan dibawah serta jawab Ikut soalan serta Jangan spin jawapan.

1. Mengapa kilang CKD Proton di Iran tidak beroperasi?

2. Berapa jumlah Export Proton January-September 2011?
Mengikut negara Dan model.

3. Berapa Gaji yang dibayar kepada Mat Salleh Director yang diambil? Apakah tiada mampukah Rakyat tempatan?

4. Tidak Adakah feasible studies sebelum ke Indonesia, China, Iran Dan India? Kalau Ada mengapa kilang CKD di Indonesia tidak beroperasi?

5. Mampukah Proton bersaing di negara China yang Begitu kompetitif harganya ?

Soalan untuk mengalihkan pandangan negative kepada lebih positive Demi kemajuan Proton. Maruah bangsa.

Anonymous said...

Well said malaysian First. Cakap berfakta tak seperti komen-komen negatif bertaraf longkang yang tak tau apa-apa tapi hanya main sondol. Pengeluar Korea juga telah menjemput kepakaran eropah untuk model-model nya sedangkan proton dah nampak dari dulu lagi dengan terus membeli Lotus. Suka juga dinyatakan ada pengeluar Jepun berminat untuk membangunkan modelnya menggunakan platform Exora Aku peminat kereta continental tapi berkira-kira jugak nak angkat saga 1.6..sangat praktikal dan menarik. Proton semakin menyerlah tahniah. Proton semakin menyerlah juga dengan menjadi Juara Rally menerusi model Satria. Go Proton.

Anonymous said...

...btw aku meluat tengok orang pakai model Proton tapi pakai logo Mitsubishi...yang pakai Waja yang 100% dibangunkan Proton pun nak pakai logo Mitsubishi...macam la orang tak kenal model apa. Sengkek akal dan tak tau malu...tapi malu pulak pakai jenama sendiri!

kuda hitam said...

niat dihati macam malas nak berhutang lagi,tp bila tgk model terbaru ni...macam menggoda btol lah.

CHE SHARIFUDDIN said...

Dalam apa2 kereta Proton, bagi saya perkara di bawah adalah wajib:

1) Handling mesti full dari Lotus technology, full Lotus handling, baru selesa. Lebih seronok bawa Saga baru kalau berbanding dengan Vios or even BMW

2) Dalam semua kena color gelap. Color gelap ni universal dan tak perlu matching dengan color luar. Dashboard, seat, roof dalam, pintu dalam etc, semua kena color gelap barulah tak nampak kotor walau dah guna 10 tahun. Tak perlu langsung stripe dalaman color cerah. Inspira saya tengok seat dia pun color cerah sedikit. Lansung cancel nak beli. Kereta BMW lama, dalamnya masih nampak bersih interiornya sebab colornya gelap. Bagi saya, saya suka 100% hitam gelap. Tak perlu color coklat etc.

3) Harga perlu kompetetif. Inspira agak mahal. Persona is value for money.

4) Logo Proton di depan janganlah besar sangat. (Bagi saya logo Proton tak klasik langsung dan patut ditukar).

5) Maximum speed kena sama dengan BMW 5 Series (untuk Proton yang cc besar)

6) Sound system should be extra bass, subwoofer, baru tak ngantuk semasa highway. Ada 10 bar equalizer

7) Kunci alarm mesti tahan lama dan lasak

Yang lain saya tak harap sangat

Anonymous said...

Aku pn sokong produk malaysia..mereka2 yang terlalu taksub dgn kereta jenama luar jer yang xtau nk hargai barangan produk tmptn...alasan mereka buatan malaysia nie kualiti kurang xmcm kereta luar negara...hakikatnya mereka bkn tau pn masalah kereta luar nie mcmna...tah2 lg teruk dr buatan tempatan...

muller said...

Dah berkira2 nak tempah ni.... Dah lpn 8 ngan gen2 first model... Mmg puah hati sbab xdop masalah besar... Cuma alm yg xlasak... Skli jatuh dah out of servis... Yg lain mmg puah hati... Scggih sylphy pom baru 3 thun kwn aku Pakai dah Bocor aircond... aku hanya servis n servis n servis.... Lapan tahun masih boleh nembo 170km/ h lagi.... Ni yg smakin bersmangat nak angkat satu ni....

Powered by Blogger.