Nov 2, 2011

PROJEK FITLOT.. KETUA MUSLIMAT PAS BERANG PKR FITNAH SHAHRIZAT!!







Beberapa Penyokong Muslimat PAS Pro Ulama' kecewa dengan tindakan PKR dan beberapa Pemimpin PAS berhaluan kiri yang agresif menyerang Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Shahrizat Abdul Jalil tanpa sebarang usul periksa dan bukti kukuh. Malah lebih mengecewakan ianya didakwa merupakan salah satu strategi mereka setelah 'mati kutu' untuk melakukan serangan politik terhadap Ketua Wanita UMNO Pusat ini yang sentiasa bersikap positif dan punyai hubungan mesra dengan beberapa Pemimpin Muslimat PAS. Shahrizat dakwa mereka telah banyak membantu Muslimat PAS dan tidak pernah menyerang keperibadian mana2 individu di dalam Muslimat PAS. Malah beliau antara individu yang paling awal hadir memberi sumbangan serta sokongan moral dalam apa jua Majlis Keramaian malah Kematian yang melibatkan Pemimpin Muslimat PAS tanpa mengira fahaman ideolongi parti politik. Rata2 juga mendakwa Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah turut tidak bersetuju dengan serangan sebegini akan tetapi tidak dbenarkan membuat kenyataan sedemikian atas desakan beberapa Pemimpin2 kanan berhaluan kiri di dalam Muslimat PAS termasuklah Naib beliau Dr. Mariah dan Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah. Siti Zailah yang juga merupakan Ahli Parlimen Rantau Panjang sebelum ini merupakan Kumpulan Pro Ulama' yang menyokong bekas Ketuanya, Nuridah Mohd Salleh akan tetapi telah dijadikan 'senjata' oleh Kumpulan Pro Sekular Muslimat PAS bagi menjatuhkan Nuridah pada pemilihan PAS yang lalu. Kumpulan Muslimat PAS Pro Ulama' mengugut akan mendedahkan strategi kotor Muslimat PAS berhaluan kiri jika dikenalpasti ada Pemimpin2 Muslimat PAS yang terlibat di dalam fitnah jahat terhadap Shahrizat. (Video di atas mempamerkan wajah sebenar Shahrizat yang sentiasa memberi sokongan moral terhadap Muslimat PAS dan mengungkap rasa tanggungjawab selaku Menteri pada Hati Pengebumian MP Titiwangsa, Dr. Lo' Lo' Haji Ghazali.)





4 comments:

Anonymous said...

Bro,
aku suka baca blog ko.
tapi tolong buat perenggan..naik juling nak baca satu perenggan panjang..

Kalau ayat al-Quran takperlah satu perenggan panjang..

Minta tolong yer bro..selamat hari raya haji!

D.K.M Sabah said...

bro.. blog kau memang banyak info... tapi aku sepakat juga dengan member kt atas, skit lg nak juling mata aku baca sebab takde perenggan.... isi power bro..... salut la kt lu

Anonymous said...

same ah jugak dgn kat atas...bro punye isi dah mantop!!..tpi tlg ah wat perenggan....juling tepi dah neyh..hehe...

Anonymous said...

Bro...
Ko nyer blog, tajuk semua cam haram kan? Memang pandai ko wat gempak nak tarik orang baca. Teruskan...

Powered by Blogger.