Nov 13, 2011

PEMIMPIN GERAKAN DEDAH AGENDA SULIT TSU KOON MAHU JATUHKAN NAJIB!!





Isu pengunduran Koh Tsu Koon, Mantan Ketua Menteri Penang masih menjadi persoalan. Sikap Tsu Koon yang bermain tarik tali mengenai isu pengunduran ini dan masih tidak mengumumkan pengundurannya secara rasmi.

Tsu Koon kini dikatakan telah menyusun strategi melewatkan masa pengunduran dek kerana "mengkhianati" pengganti pilihan iaitu, setiausaha agung Gerakan, Teng Chang Yeow. Ini berlaku, meskipun selepas mereka bermesyuarat buat kali kedua dan dengan Koh mengarahkan Teng supaya bersiap sedia untuk mengambil alih.

Ini menyebabkan ramai di kalangan Pemimpin akar umbi yang tidak berpuas hati dengan strategi beliau. Sehinggakan ada desakan agar beliau menyertai DAP kerana bukan sahaja bacul berdepan dengan pihak lawan DAP, malah dikatakan punyai hubungan baik dengan Lim Guan Eng, beregu beliau yang berjaya menumbangkan Gerakan.

Teng Chang Yeow yang juga merupakan Setiausaha Agung Parti Gerakan kini telah siap sedia bagi menggantikan Tsu Koon malah disenangi masyarakat Penang. Teng mendakwa Tsu Koon bakal menjadi penyebab utama kejatuhan BN di bawah pimpinan PM Najib Tun Razak.

Koh Tsu Koon mesti berundur segera. Kerana Rakyat Pulau Pinang sememangnya semakin muak dengan Guan Eng dan akan kembali mengundi BN dengan syarat.. TSU KOON mesti berundur.


3 comments:

Didi Malika said...

Tuan,
Setahu saya orang Penang suka dengan Tsu Koon ni. Adakah benar beliau mahu menjatuhkan Najib? ataupun beliau disabotaj oleh parti Gerakan sendiri? Kena siasat betul2, tuan.
Salam :)

JgnJadiKeldai said...

Aku dari dulu menyampah dgn si Sukun ni!

Anonymous said...

Jika beliau seorng pemimpin yg berjiwa tulus dan ikhlas berkhidmat utk rakyat, Tsu Koon kena terima hakikat bahawa rakyat P.Pinang mahukan kepimpinan yang baru dan perubahan...berilah laluan kpd generasi atau kepimpinan yg baru yg menepati citarasa rakyat...utamakan kemenangan parti bukan kepentingan sendiri...

Powered by Blogger.