Nov 8, 2011

PART 2 - 'ANJING HITAM' MUSLIMAT PAS SOKONG SEKSUALITI MERDEKA!!





PAS merupakan parti Pembangkang yang paling banyak menyatakan pendirian berkenaan isu Penganjuran Seksualiti Merdeka. Ada yang menentang keras dan tidak kurang juga menuding jari semula ke arah UMNO. Namun, PAS tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai pendirian parti secara keseluruhan. Yang ada hanyalah pendirian tetap Dewan Pemuda PAS Pusat yang menentang dan mendesak NGO2 yang terlibat termasuklah SUARAM dan Bar Council menghentikan serta merta penganjuran program ini. Walhal, dalam masa yang sama, Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali menjelaskan penganjuran Program berorentasikan Seks Songsang ini ada agenda tersembunyi dan seperti biasa dikaitkan dengan UMNO. Muslimat PAS tidak kurang hebatnya. Pendirian keseluruhan tidak dinyatakan. Yang ada hanya kenyataan Naib Ketuanya, Dr. Mariah Mahmood yang mendakwa kerjasama dengan Ambiga melibatkan BERSIH 2.0 sahaja dan tiada kaitan dengan Seksualiti Merdeka. Lalu mendesak ianya dihentikan. Sebelum ini Melayu CinDia ada mendedahkan pertelingkahan lidah di kalangan Muslimat PAS Pro Ulama' dengan Wanita PKR berkenaan isu ini. Lebih mengejutkan, kenyataan Dr. Mariah yang merupakan puak Pro Anwar di dalam PAS benar2 tidak diduga dan dianggap 'curang' terhadap plan strategi Anwar. (KLIK DI SINI untuk maklumat lanjut). Namun sememangnya rata2 Muslimat PAS Pro Ulama' ada menyebut terdapat beberapa pemimpin Muslimat PAS berhaluan kiri yang dijadikan 'Anjing Hitam' bagi membela Ambiga berkenaan isu Seksualiti Merdeka. Gerakan secara senyap atau belakang tabir telah dilakukan bagi meyakinkan ahli Muslimat PAS di peringkat akar umbi. Persoalannya, siapakah 'Anjing Hitam' yang mengepalai Gerakan ini? Jawapannya ada pada bekas Ketua Muslimat PAS, Nuridah Mohd Salleh.






0 comments:

Powered by Blogger.