Nov 13, 2011

PARLIMEN BUBAR JANUARI INI?





Pembangkang terus mendesak dan menekan PM Najib Tun Razak agar PRU13 diadakan segera setelah beberapa isu yang memberi liabiliti kepada gabungan 3 parti ini yang dipimpin Anwar berjaya diselongkar. Karpal Singh berpandangan Najib akan mengumumkan PRU13 pada Januari depan demi kepentingan politik peribadi.

"Tidak syak lagi, bahawa pilihan raya umum semakin dekat... saya jangkakan sekitar Januari."

Karpal mengambil contoh penubuhan AMANAH di bawah naungan Tengku Razaleigh sebagai salah 1 penyebab utama kepimpinan Najib kian runtuh setelah Ku Li mendakwa tiada suara yang boleh dilontarkan melalui UMNO.

Ku Li sepertimana yang kita sedia maklum tidak pernah lekang sentiasa cuba menggoncang kekuatan Kerajaan kerana punyai impian yang sama seperti Anwar iaitu memegang jawatan PM.

Jikalau benar AMANAH menjadi punca kelemahan kepimpinan Najib, Karpal silap. Ajaklah Ku Li keluar dari UMNO dan menyertai DAP kerana Pemimpin ini punyai nada da suara yang sama dengan kamu.


0 comments:

Powered by Blogger.