Nov 20, 2011

NIK AZIZ ARAH KUATKUASA LARANG PAMER GAMBAR SULTAN ISMAIL!!





Jawatankuasa Pemantauan, Keistimewaan dan Keselamatan bekas Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra melarang semua media massa menyiarkan sebarang bentuk gambar baginda berkuat kuasa serta-merta.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, merangkap pengerusi jawatankuasa itu, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim berkata jawatankuasa berpendapat pada masa ini adalah tidak sesuai bagi media massa iaitu televisyen, akhbar-akhbar dan mana-mana penerbitan termasuk secara maya menyiarkan sebarang bentuk gambar-gambar baginda.

“Oleh itu, semua penyiaran sebarang bentuk gambar-gambar baginda adalah dilarang sama sekali dan arahan itu diperkenankan oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V,” katanya pada sidang media di sini.

Dipetik Bernama Online, beliau bagaimanapun berkata larangan itu tidak melibatkan berita-berita mengenai baginda yang dianggap boleh memberi kesan positif serta tidak bercanggah dengan etika kewartawanan.

Difahamkan sebelum ini beberapa akhbar tempatan menyiarkan gambar Sultan Ismail Putra yang masih gering di majlis santapan makan malam sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan, Jumaat lalu.

Zainuddin berkata jawatankuasa itu menerima maklum bahawa pada masa ini Sultan Ismail Putra masih lagi menerima rawatan berterusan dan menunjukkan sedikit peningkatan kepada status kesihatan baginda.


4 comments:

Anonymous said...

GAMBAR NIK AZIZ SENDIRI YANG BERSEPAH MERATA KELANTAN DAN MERATA ALAM MEDIA MAYA MEMPERLIHAT KONON BETAPA ZUHUD, WARAKNYA DIA... BILA PULAK NAK DILARANG DARI DIJAJA? BILA PULAK NK BERITAHU AHLI PAS SURUH TURUNKAN GAMBAR DIA KAT RUMAH MASING2 YG DIGANTUNG MCM BERHALA TGH RUMAH?

ahlee said...

gamabr N.AJIS dah jadi macam Ayahtollah pulak?

Anonymous said...

N.ajis syok sendiri. Bayangkan dirinya berpengaruh besar. layak ganti Khomeini. Ha...ha.. ha N.ajis tertipu sama dgn Tipah tertipu, ye..ye..

anti bohmau said...

ni la namanya HIPOKRIT tahap gaban!!

nak suh orang siar berita yg elok2 sj!!

kalu kerajaan BN siar berita yg elok2 psl kemajuan, pembangunan, kejayaan2 rakyat & peningkatan2 pencapaian serta tingginya syiar Islam yg ada, pas akan kata propaganda semata!!

pas cuma suka jika berita buruk2, kes2 penyelewengan yg tak brapa %, kesilapan2 & kesalahan kakitangan kerajaan yg tak digalakkan kerajaan BN pun dihighlightkan oleh puak2 pembangkang.

bandingkan berita baik sj nak ditonjolkan, yg buruk2 sapu bawah tikar mengkuang pejabat MB klate? (karpet takdak sbb 'zuhud"!!) he he

Powered by Blogger.