Nov 29, 2011

NAJIB AKUI UMNO DAH MAKIN LUNYAI - SIAP SEDIA KALAH PRU13!!?






Macam2 Isu yang cuba direka dan diperhangatkan. Kuncu2 Anwar semakin liar membuat 1 demi 1 pertuduhan terhadap Pimpinan PM Najib Tun Razak dan pemimpin2 kanan beliau. Beliau sempat jawab isu A, dituduh isu B. Kemudian C, D, E. Kalau boleh nak sampai UMNO lunyai.

Jika diperhatikan setiap isu yang dipaparkan, tiada 1 pun bukti kukuh yang memperlihatkan relevennya dakwaan2 yang dilemparkan. Strategi menyerang sampai Mati yang diilhamkan Anwar semakin lama semakin melampaui batas.

Dari kisah Sejarah Negara, sehinggakan isu Lembu pun mereka cuba serang.

Isu NFC adalah yang terbaru. Sehingga kini hanya pertuduhan yang diberikan. Mana bukti penyelewengan? Tiada. Hanya membuat Sidang Media hampir setiap hari membuat pertuduhan2 baru.

Belum sempat selesai isu NFC, diserang pula pindaan RUU Perhimpunan Aman. Dikata tak demokrasi. Bodoh sungguh pertuduhan itu. Sebuah Negara seperti Malaysia yang bukan sahaja membenarkan demonstrasi, siap diumumkan kaedah2 efektif untuk melaksanakan amukan syaitan di jalanan. Jikalau Negara2 lain, sudah dihumban ke dalam laut.

Apa yang tak betul lagi. Nasib baik PM Najib membenarkan demonstrasi. Jikalau benarlah anakanda Tun Abdul Razak ini diktator dan tidak demokrasi, jangan haraplah bapak2 dan ibu2 syaitan belaan Anwar dapat menyalak di jalanan, menggunakan dewan2 di Negeri2 pemerintahan BN, malah dibenarkan pula menganjur Kongres PKR di Negeri kubu kuat BN di Johor.

Rakyat bijak Anwar. Kalau benar sekalipun hendak melaksanakan strategi perang politik, jangan overdose sangat. Rakyat makin lama makin bosan dengan pertuduhan2 liar yang diberikan. Makin lama makin menjadi pula. Pembangkang ni dah tak ada kerja lain, lupakah mereka tanggungjawab terhadap rakyat dibeberapa Negeri Jajahan mereka? Asyik dok serang politik je.

UMNO juga tak perlulah memainkan peranan lapuk menjawab kesemua isu2 yang dituduh. Makin dijawab, makin banyak pula pertuduhan. Sudah tiba masanya UMNO menyerang. Serang pemerintahan kuku besi Negeri2 yang dijajah mereka. Isu Gaji Pengurus Besar PKNS RM40 Ribu sebulan. Jangan dibiar gantung tak bertali. 

Rakyat bakal dipertontonkan dengan Ucapan setiap Perwakilan bersempena dengan Perhimpunan Agung UMNO 2011 yan bermula hari ini. Apa yang berbisa? Jangan sama sahaja seperti tahun2 sebelum ini sudah.

Blogger Pro Kerajaan akan teruskan perjuangan menyerang Pembangkang yang semakin rakus hendakkan kuasa.

PS : Muslimat PAS masih terus simpati dengan Shahrizat, seorang Pemimpin Penyayang yang terus diserang Lembu Betina Zuraida. Adakah ianya aset buat PKR, atau Liabiliti.?


3 comments:

Anonymous said...

Umno tak akan lunyai. Yang akan lunyai hanya lah Najib seorang sahaja.

Umno cuba nak membela nasib melayu. Tapi Najib membawa Umno menjadi parti yang mengkhianati perjuangan melayu.

Hidup Muhyidin untuk Umno untuk melayu.

Musang Umno.

Anonymous said...

musuh dalam selimut ni...lagi bahaya

Anonymous said...

maaf kata lah ...rasanya BN nak kalah laagi dalam PRU13 apabila menidakkan hak pekerja marhein, zaman PakLah Bonus tak di bagi maka banyak DUN dan Parlimen tumbang. Ni zaman Najib perkenal SBPA janji naik gaji 7% -13% tapi tak nampakpun tangga gaji dan berapa gaji yang naik. Apabila pekerja marhein marah mmg dia tak pangkah BN nanti.Kena tengok orang JPA ini konco anwar ke atau tak reti buat kerja.

Powered by Blogger.