Nov 18, 2011

MURTAD - ULAMA' SOKONG DAP.. SELAR HASAN ALI MCM. SETAN!!





Kelihatan Ucapan Exco Agama Dr. Hasan Ali pada Sidang DUN Selangor semalam mendapat reaksi Negatif dari seorang yang 1 ketika dahulu pernah bergelar Mufti.

Dr. Asri mencetuskan kemarahan atas ucapan Hasan Ali mengenai pengaruh Bible yang menggunakan teknologi moden melalui Kitab Injil Tenaga Solar dalam menyebarkan Agama Kristian.

Tokoh Agama yg diperakui beberapa pengikutnya memegang fahaman Wahabi itu berkata, tindakan Hasan Ali yang terlalu menekankan isu Murtad dan penyebaran Agama Kristian itu disifatkan beliau menghina Islam.

"Orang Islam sekarang dengar Bible dah tak kisah."

Itu antara kenyataan beliau yang beranggapan Hasan Ali tidak mengambilkira sensitivi Agama2 lain dan cuba menggambarkan Umat Islam pada masa kini jahil dlm membezakan dgn Agama2 lain.

"Al Qur'an dan Bible mana boleh sama. Orang tahu. Dia saja tak tahu."

Kenyataan Dr. Asri dilihat senada dengan beberapa ADUN DAP semalam yg turut menyelar t sikap Hasan Ali yang tidak mengambil peduli dan menghormati ADUN2 beragama Kristian di dalam Sidang DUN tersebut.

Dr. Asri sememangnya sentiasa membuat kenyataan yang mengelirukan umat Islam di Negara ini.

Beliau yang pernah dilabelkan salah seorang Pemimpin PKR Dr. Badrul Amin sbg bapak Setan kini bertindak lebih ke arah perjuangan DAP dan PKR setelah meninggalkan jawatan sebagai Muflis Perlis.

Mungkin Dr. Asri yg juga merupakan teman karib Marina Mahathir ini bakal dinobatkan Mufti Selangor yg baru oleh Kerajaan Pakatan.?

9 comments:

Anonymous said...

Dr Asri sebenarnya minat nak masuk UMNO. tapi, malanganya tiada pelawaan daripada UMNO. jadi, mahu tak mahu terima ajalah pelawaan pembangkang.. agaknya kemanalah perginya dia selepas mati...........wallahualam

Anonymous said...

teruskan perjuangan menegakkan syiar yg dibawa oleh junjungan besar kita nabi muhammad saw.kami sentiasa di belakang dato.jgn sesekali gentar kerana yg Maha Berkuasa hanyalah Allah yg Maha Esa.BKN PARTI ISLAM DEMOKRASI....

Anonymous said...

Lebih baik berterus terang agar pihak berlainan agama sedar kalau ada keterlanjuran.

Tak guna pendam perasaan kerana sampai hadnya akan terluah jua.

Anonymous said...

kalau diperingkat pemimpin sentiasa tiada persefahaman, bagaimanakah ummah lokal dan glokal akan bersatu?

Ghazali said...

Mungkin Dr. Asri boleh menyatakan demikian pada pandangan beliau yang merasakan beliau amat arif dalam hal Agama. Tetapi bagi mereka pegangan aqidahnya masih belum begitu mantap, keadaan ini seharusnya ditolak....

Anonymous said...

Nak suruh jadi Mufti Selangor? Tauliah dari JAIS pun beliau tak ada ... apa pun itu adalah pendapat Dr Asri sebagai seorang ilmuwan agama yang mana pandangan ini bukan dilontarkan ikut sedap gigi .. sudah pasti ada di situ pendapat ulama' lain dan ada sumber dari dalil yang sahih ....

-Krizalid'9999-

Anonymous said...

Ni lah juga ulama yg membenarkan penggunaan perkataan Allah bagi org kristian dgn bersyarat, kalau dah dibenarkan siapa nak kawal berjuta orang nak pakai syarat dia. Malaysian insider gemar sangat guna dia sbg celebrity reference sb pandangannya yang selalu kontroversial, mengharubirukan lagi umat islam. Lebih baik dia diam saja, pergi berdakwah kat oxford university tu lagi bagus.

Anonymous said...

ni "ulamak" ke "alamak".....??

Anonymous said...

Asri wahabi ingin menjadi juara dalam hal agama. Kononnya dia yang duduk di Oxford dan mempunyai PHd mempunyai pandangan yang bijak dalam soal akidah.
Orang yang jahil tentang diri Asri Wahabi akan memandangkan tinggi terhadap pemikirannya.

Lihat tulisan-tulisannya serta video-videonya di youtube; bagaimana dia merendah-rendahkan Kekasih Allah,Orang Alim, Amalan Maulid dan etc.

Lihat gambarnya yang berdiri bersama kafir harbi-Lim Guab Eng.

Berhati-hati dengan dakwah wahabi dari asri, kenalila sekutu-sekutunya-wahabi adalah musuh dalam selimut.

Powered by Blogger.