Nov 30, 2011

MUHYIDDIN YASSIN ISYTIHAR LAWAN NAJIB.. HINA 1MALAYSIA!!?






Ucapan pembuka tirai 3 Sayap parti UMNO paling mengagumkan dari seorang Pemimpin UMNO. Timb. Presiden Parti, Muhyiddin Yassin mengejutkan Perhimpunan Agung UMNO dengan menyerang DAP, PKR malah PAS sendiri sebagai gabungan komponen paling hodoh dalam sejarah Politik tanah air.

Ia sememangnya tepat pada waktunya tatkala Lim Guan Eng membuat kenyataan mendakwa Perjuangan Menguatkan Bangsa Melayu selaku Bangsa Peribumi dan Kebangsaan umpama Hitler. Sememangnya kenyataan biadap Lim Guan Eng menampakkan jelas beliau amat benci akan kekuatan kaum Melayu di Negara ini.

DAP agak berang dengan Muhyiddin yang secara terbuka membongkar agenda jahat parti tersebut. 

Namun berhati2 dengan pihak lawan. Mereka akan menuduh Timbalan Perdana Menteri ini mengingkar perjuangan Najib yang membawa semangat 1Malaysia. Jangan mudah terpengaruh. 1Malaysia adalah Nadi kekuatan Nasional. 1Malaysia membicarakan soal Perpaduan Kaum di Negara ini yang menjadi Nadi Kekuatan Negara.

1Malaysia tidak mempersoalkan keistimewaan yang termaktub di dalam Perlembagaan. Kerana ianya telah termaktub sejak sekian lama tanpa perlu ada sebarang pertikaian sepertimana yang DAP sedang perjuangkan. 1Malaysia sebenarnya turut menghapuskan prinsip DAP yang mahu memusnahkan kekuatan bangsa lain iaitu Bangsa Melayu dalam arena pentadbiran Negara.

Serang DAP bermakna kita menentang psychologi serangan perkauman yang dirancang DAP.

Siapa RASIS?


0 comments:

Powered by Blogger.