Nov 8, 2011

KU LI TEKAD LAWAN NAJIB..!!? "SAYA AKAN RAMPAS JAWATAN PRESIDEN UMNO!!"





Tak habis2 Tengku Razaleigh ni nak cari populariti. Dari era 70an hingga sekarang, tak habis2 mengejar kepentingan politik. Jangan dok kata Melayu CinDia menipu. Ni sekarang. Tubuh NGO pula. Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH). Apa lagi fungsi NGO ni. Dah terlalu banyak NGO2 ditubuhkan atas kapasiti politik. Apa fungsi AMANAH? Dalam sidang akhbar pagi tadi Ku Li menyebut masih setia bersama UMNO, cuma nak fokus pada AMANAH yang berfungsi memberi kebebasan bersuara di kalangan Pemimpin yang tersisih. Huh? Kalau nakkan kebebasan suara, PERKASA sudah ada. Jangan kata bebas suara. Sampai terlajak kata. Ni ditubuh pula AMANAH. Kononnya hendak jadikan ianya platform kebebasan suara bagi setiap Pemimpin Politik. Apa yang tak bebasnya Ku Li. Kamu dari dulu era Tun Hussein Onn, Tun Mahathir sampailah sekarang era Najib Tun Razak, suara apa yang tak didengari dari mulut kamu? Dah macam2 dibuat kononnya nak tegakkan kebenaran. Kebenaran apa Ku Li? Sudahlah tu. Bersara sajalah. Dah terlalu lama dah bercakap mengejar kuasa politik. Nak jadi hero Kelantan, alih2, dapat kat PAS. Lepas tu sampai sekarang kamu tidak tebus semula. Bukan sekadar tidak tebus, disokong lagi. Jikalau kamu benar2 berjuang demi Allah untuk parti UMNO, rampas kembali Kelantan kepada parti yang kamu kata kamu sanjung ini. Setelah kamu menjadi punca Kelantan dijajah PAS. Apa lagi yang kamu hendak bicara tentang kuasa. Nak cari salah kesalahan orang lain. Kamu yang dahulu melakukan kesilapan mengaibkan UMNO. Lantas Mahathir masih menerima kamu kembali bersama UMNO (baru), parti yang kamu kata tidak sama sekali diikhtiraf. Kini hendak mengkritik lagi? Negara kita tidak punyai masalah sebenarnya. Orang seperti Ku Li yang menjadi penyebab Negara kita bermasalah. PS : Maaf buat mereka yang menyokong Ku Li. Melayu CinDia hanya mengkritik tindakan beliau.






9 comments:

Anonymous said...

Ku Li,

Sekarang kita dah masuk abad lain dah... Cukup2 la tuu, Ku.

PAKU PAYUNG said...

Wajarlah Ku Li berundur sebagai pejuang yg dikenang.

Anonymous said...

Baik dier berhenti lah, selagi imej masih ok. Jangan tunggu sehingga makin jelas kebodohan orang tua tu, akibat gilakan kuasa mcm anuwar.

Anonymous said...

Dari dulu lagi kawan xbekenan dgn Ku Li...cukup dah..zaman dah berlalu.

Anonymous said...

ya.. aku sokong.. bukan bermakna aku setuju dengan kuli .. dan juga bukan bermakna aku tak suka najib

sememangnya jawatan president wajib dicabar.

jika tidak periden akan rasa selesa duk kat atas dengan hanya ada pengampu dan merasakan dirinya sentiasa berul

dan aku berharap ada orang muda yang lawan presiden..

Anonymous said...

Perdana Menteri pertama asalnya dari kerabat Istana Tengku..nama keramat RAHMAN bakal berlalu bila Najib tewas ditangan Kuli(Tengku)...dimana akan bermula pula nama keramat RAZALI,dimana beliau juga dari golongan Istana.Telek kan nujum pak belalang..huhuhuhuhu.Lg pun UMNO dah lama sgt memerintah..pekat berbuih mcm dah nak basi.

Anonymous said...

Perdana Menteri...impiannya dulu.kini dan selamanya.Yang diam tu lebih bahaya.

azrul said...

zaman ko dah berlalu ku li. dulu abis jiran2 aku sokong semangat 46. habuk pun tarak. berkubur takde nisan.

Anonymous said...

Dulu dah tubuh parti semangat 46 tetapi dah telingkop, kemudian masuk balik UMNO, cita-cita nak jadi Perdana Menteri masih terbuku di hati.

Aku masih menyimpan T shirt berlambangkan parti semangat 46 kepunyaan bapak mertua aku yang sangat taksub dengan Tengku Razali.

Harap-harap impian tidak jadi kenyataan.

Kalau nak tau popularati cuba bertanding atas tiket lain jangan guna parti BN. Aku yakin dan percaya dia akan kecundang.

Warga Sebelum Merdeka

Powered by Blogger.