Nov 11, 2011

KOMIISYEN LUMAYAN.. JENTERA PKR DITUBUH SERANG VIDEO SEKS ANWAR!!





Ingat lagi kes video seks yang didedah oleh trio Datuk T tidak lama dulu.Khabarnya polis akan mulakan siasatan keatas isu skandal berkenaan yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dirakam di sebuah apartmen di Kuala Lumpur. Rakyat di seluruh negara hingga kini terus tertanya dan ingin tahu apa cerita sebenar kes video seks yang telah disahkan oleh ujian pakar luar negara 99.9 peratus tulen.

Anwar telah membuat laporan polis menafikan beliau adalah orangnya dalam video berkenaan. Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pernah memberitahu kes berkenaan akan disiasat selepas perbicaraan kes liwat Anwar selesai. Kini menjelang hujahan terakhir pihak pembelaaan keatas kes liwat itu pada 8 dan 9 Disember ini,peguam Anwar mengesahkan polis telah memanggil Anwar untuk disiasat mengenai isu video seks itu. Ia dipercayai melibatkan dakwaan beliau membuat laporan polis palsu tentang video seks berkenaan.

R Sivarasa yang juga Naib Presiden PKR dipetik berkata polis telah meminta Anwar memberi keterangan minggu ini, namum mereka meminta ia diadakan Rabu depan di Balai Polis Kepong. PKR sudah melompat seolah olah bos mereka tidak boleh disentuh langsung dalam isu dakwaan berkenaan. Seorang lagi Naib Presiden PKR ,N Surendran yang juga peguam Anwar sudah mendakwa ia bermotif politik untuk serang Anwar. Malah beliau main sedap mulut dakwa Ketua Polis Negara dan Peguam Negara ada apa-apa dengan BN untuk menjatuhkan Anwar.

Anihnya disebalik ini semua satu dunia sudah melihat video berkenaan dimana lelaki itu seiras habis dengan Anwar. Juga menguatkan dakwaan itu ialah pendedahan video CCTV lelaki seiras Anwar sedang naik dan turun lif bersama Datuk Sharzly Eskay di apartmen berkenaan. Waktu pada CCTV itu adalah selaras dengan waktu rakaman video seks itu. Juga satu lagi persoalan yang belum terjawab ialah tentang jam Omega Anwar yang dikatakan dikatakan tertinggal di lokasi rakaman aksi seks. Dalam pada itu ada aksi seks yang dirakam di Bangkok dan belum didedahkan sepenuhnya lagi. Jawapan yang pasti tentu akan diperolehi menerusi siasatan rapi pihak polis tentang isu yang belum beres ini.

Sebelum ini ramai pihak menyifatkan sebagai karut dan tidak masuk akal kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang kononnya video adalah besi dan tidak boleh dijadikan bukti. Bagi kebanyakan orang sekalipun bermati-matian nak mempertahankan Anwar kerana politik...janganlah nak memperbodohkan orangramai sampai peringkat itu. Agendadaily





0 comments:

Powered by Blogger.