Nov 11, 2011

KLIMAKS MAHARAJA LAWAK.. ADLIN AMAN RAMLI HINA P.RAMLEE..!!?





Sekarang sedang berlangsung sebuah rancangan yang semakin mendapat perhatian 3 buah Negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura. Maharaja Lawak menonjolkan momentum jumlah rating penonton yang semakin meningkat. Malah golongan ahli Politik mahupun mereka yang sarat memperkatakan soal politik turut menonton rancangan ini bagi menghilangkan rasa tekanan. Peserta2 semuanya hebat2.

Malah otai2 Lawak Tanah Air seperti Imuda, Mr. Os, Abon, Mat Over dan ramai lagi turut menonjolkan bakat masing2. Pengarah terkenal, Afdlin Shauki juga tidak ketinggalan. Adlin Aman Ramli yang menyertai pertandingan di saat2 akhir turut menggerunkan peserta yang lain. Bercakap tentang anak kepada Pelawak Vateran, Arwah A.R Tompel ini, ada cerita2 yang kurang enak diperkatakan terhadap beliau. Mungkin sekadar propaganda Adlin. Pada awal kemunculan Minggu Pertama, Adlin dilihat agak berlagak menceritakan beliau selaku putera kepada seorang Pelawak terkenal era kegemilangan P.Ramlee.

Namun, momentum beliau memuncak pada Minggu kedua dengan persembahan berani menggayakan pakaian sari. Sehingga pecah perut penonton tertawa dengan lawak beliau. Akan tetapi, tindakan Adlin yang mengaitkan Tan Sri P.Ramlee pada minggu pertama menyebabkan ada yang rasa kurang senang.

Beliau cuba mempertahankan kekebalan bidang lawak lagenda A.R Tomple dengan mendakwa ayahnya itu pernah memiliki Saloma sebelum P.Ramlee lagi. Rasa2 nya itu agak keterlaluan tambahan lagi kedua2 lagenda itu telah meninggal dunia.

Adlin sewajarnya mempertontonkan kepada masyarakat hasil karya lakonan lawaknya mengikut brand tersendiri. Tidak perlulah menumpang populariti nama ayahnya untuk menang di dalam pertandingan beliau. Kerana Adlin diperakui amat berbakat. Cuma perlu ada sifat rendah diri sedikit. Kerana sifat itulah yang menyebabkan Datuk Siti Nurhaliza kini bergelar Artis No. 1 Malaysia malah turut membarisi artis2 terkenal di Asia.






8 comments:

Anonymous said...

aku mang tak minat mamat ni sebenanye ..buat lawak dahla tah pape .

Anonymous said...

UMNO pula hina raja

Anonymous said...

Org pas hina sultan,manusia n agama sndiri..:-P

iMBobo said...

Adlin ni ok gak lawaknye..

Anonymous said...

yupp..umno hina raja..tapi raja liwat dan raja china doll la..

Anonymous said...

Apa kena mengena Raja Lawak dengan UMNO ni?
Sebab Bob Lokman tidak lagi terlibat dan dah masuk Pas?

Anonymous said...

Raja sebenarnya ialah Anwar Rajakapoor. Habis dikapurnya semua orang termasuk Tok Wali Selipar dan Dr. Yusuf Qardawi.

Amran Awal said...

Sebenarnya kita kena rujuk bab Maharaja Lawak kepada ceramah agama yang telah disampaikan oleh Ustaz Kazim Alias atau mana2 Ustaz. Jangan terlalu seronok dengan lawak2 sebegini hingga lupa batas dan tatasusila kita sebagai muslim.

Powered by Blogger.