Nov 4, 2011

KINI DI MEKAH.. NAJIB AKUI ADA BERDOA UNTUK ANWAR IBRAHIM!!?





Gambar di atas merupakan antara yang terkini ditangkap oleh beberapa wartawan dan blogger yang turut mengerjakan Ibadah Haji di Mekah. PM telah mengambil kesempatan menemui beberapa jemaah Haji dari Malaysia. Ternyata kunjungan ini benar2 meriah dan rata2 melihat Najib kelihatan besederhana dalam meneruskan ibadah Rukun Islam ke 5. Namun tatkala Najib mengerjakan Ibadah Haji, sempat lagi Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menghina Presiden UMNO ini di luar Negara dengan memburuk2 kan imej beliau selaku Pemimpin No. 1 Malaysia. Anwar yang berkunjung ke Kota London baru2 ini mengambil kesempatan mempromosi kepimpinan peribadi lalu mengherdik Najib sebagai individu yang bertanggungjawab memusnahkan dan menyekat nikmat yang sewajarnya diberikan kepada rakyat. Biarkan. Biarkan Anwar hina dan terus hina. Kerana manusia yang hipokrit adalah munafiq. Manusia yang bijak berpura2 bakal didedahkan kebenaran sebenar. Tidak perlu tunggu manusia mendedahkan lagi kepincangan Anwar. Biarlah Yang Maha Pencipta menentukan takdir masa depan buat renungan pengajaran bersama. Berdoa untuk kebaikan adalah sebaik2 doa yang diredhai Allah terutamanya di tanah suci kota Makkah. Untuk melihat lagi Gambar2 PM di Kota Makkah, KLIK DI SINI. Terdapat juga beberapa gambar PM sedang mengerjakan Tawaf mengelilingi Kaabah DI SINI.





1 comments:

Anonymous said...

nama kata doa untuk anuar doa dalam hati kot kita jgn buat cerita dongeng la beb

Powered by Blogger.