Nov 15, 2011

KES KHALWAT - UGUTAN KONSPIRASI POLITIK BUAT AHMAD SAID!!?





Semalam Melayu CinDia ada menyentuh isu Fitnah Khalwat yang melibatkan MB Terengganu Ahmad Said melalui sumber dari blog Pembangkang Mohd Sayuti Omar. Melalui artikel tersebut ada beberapa persoalan timbul samada ianya angkara Pemimpin PAS ataupun dari kalangan 'rakan2' UMNO Terengganu sendiri. KLIK DI SINI untuk lihat semula artikel tersebut.

Jikalau benar ianya dari dari PAS, mungkin ada logik di akal. Ini kerana blogger dan penulis yang menyerang Kes Khalwat yang kononnya diperlakukan oleh Ahmad Said adalah Pro PAS sejak sekian lama. Akan tetapi, apa motif serangan berani PAS terhadap seorang MB yang dipilih sendiri oleh Sultan Mizan selaku Yang Di Pertuan Agong ini?

Ada yang mendakwa jikalau benar tuduhan ini datang dari Pemimpin PAS Negeri, tidak logik jika agenda jahat dirancang oleh Hadi Awang mahupun Harun Taib selaku Pemimpin No.1 PAS Terengganu. Ahmad Said didakwa mempunyai hubungna akrab dengan kedua2 Pemimpin PAS ini. Jadi? Siapa? Beberapa tokoh Politik Negeri menyebut ada logiknya jika ianya diperlakukan oleh puak2 Pro Mustafa Ali kerana beliau adalah individu yang tidak seteru dengan Ahmad Said.

Ada juga tokoh politik yang mendakwa ianya angkara Pemimpin2 UMNO Negeri. Sepertimana yang kita sedia maklum, perlantikan Ahmad Said sebagai MB Negeri telah menyebabkan ada rasa kurang senang dari kalangan beberapa Pemimpin UMNO Terengganu. Sehinggakan berlaku kontroversi panas setelah beberapa ADUN telah memboikot Sidang DUN Negeri 1 ketika dahulu.

Apa pandangan anda mengenai isu ini?


PARTI PRM akui ANWAR Pelaku Seks Liwat Saiful? - DI SINI.

1 comments:

Keris Pusaka said...

Assalamualaikum
Minta dilink blog saya disini
http://kerispusakabangsa.blogspot.com/
Terima kasih

Powered by Blogger.