Nov 15, 2011

ISU VIDEO SEKS ANWAR - ANWAR UGUT HADI AWANG CUBA KHIANAT!!






Anwar Ibrahim dilihat tidak berputus asa dalam memastikan beliau akan terus menjadi bakal PM jika Pakatan berjaya menjajah Kerajaan Malaysia. Beliau sememangnya tidak senang duduk dengan tindakan beberapa Pemimpin PAS yang menolak sebarang penjelasan Anwar yang semakin bercanggah apabila dibandingkan dengan kenyataan beliau sebelum ini.

Umum mengetahui Anwar bukan calang2 orang yang mudah berputus asa sehinggakan sanggup bertarung nyawa keluarga beliau sendiri demi mencapai impian menguasai Kerajaan. Malah beliau sendiri tidak yakin dengan beberapa Pemimpin PKR yang Pro Azmin Ali bahawa kes beliau akan ditutup jika Pakatan memerintah Malaysia.

Anwar pada Sidang Media petang tadi sekali lagi berikrar tidak akan bekerjasama dengan pihak Polis bagi siasatan ke atas Video Seks yang disyaki melibatkan Bekas TPM ini. Kenyataan beliau dilihat memakan diri apabila beberapa Pemimpin PAS semakin hilang kepercayaan seperti yang beliau janjikan bagi menyelesaikan isu moralnya itu.

Dikatakan Anwar hanya menaruh harapan pada Mahfuz Omar dan Khalid Samad dalam mendapatkan pengaruh di dalam PAS.

Jika sebelum ini status Negara Islam menjadi tanda tanya. Kini calon PM pun tidak dapat difikirkan yang paling sesuai. Sistem Perundangan bakal goyang. Akhirnya, siapa yang paling banyak mencapai kemenangan peringkat Parlimen, dialah calon PM, sepertimana kesepakatan dibuat di Selangor.

DAP sudah tentu bakal memonopoli Parlimen Pembangkang pada PRU13. Akan tetapi, mustahil Yang Di Pertuan Agung menerima calon selain Beragama Islam dan Berbangsa Melayu. Adakah Naib Pengerusi DAP, Prof. Tunku Abdul Aziz bakal menduduki takhta jawatan tersebut?

Boleh.. Penyokong Pakatan kan mahukan PERUBAHAN!! Bukan gitu?



2 comments:

anak sufi said...

bro, tunku abdul aziz le bukan prof ungku aziz. salah orang tu bro walaupun maklumatnya betul

Gelombang Rakyat said...

ok tq for ur info... minta maaf sgt2.. saya akan betulkan..

Powered by Blogger.