Nov 12, 2011

GAJI PENGURUS PKNS RM40 RIBU.. AZMIN ALI DAKWA ELAUN ANWAR RM1 JUTA!!?





Tindakan Datuk Satim Diman yang membongkar gaji keseluruhan Pengurus Besar PKNS yang baru dilantik berjumlah RM 40 Ribu sebulan telah menimbulkan seribu 1 persoalan. Malah nilai pemberian yang disertakan dengan komisyen berjumlah RM1.4 juta bagi tempoh dua tahun yang disifatkan melampau dan tidak masuk akal. Bayangkan jika seorang Pengurus sebuah Perbadanan sahaja sudah menjangkau RM40 Ribu, berapa pula gaji dan komisyen Exco2? Menteri Besar?

Azmin Ali mungkin gembira dengan perkembangan terbaru ini. Pembongkaran Datuk Satim bukan sahaja memperlihatkan perang BN Selangor telahpun bermula, malah ianya memudahkan Azmin Ali bagi melihat depan mata beliau sendiri kegagalan Khalid Gagap dalam mentadbir sebuah Kerajaan Negeri yang diimpikan Anwar.

Dan jangan dilupakan, Anwar merupakan Penasihat Ekonomi Negeri Selangor yang mempunyai jumlah gaji 'terkecil' iaitu RM1. Mungkin benar. Gaji paling kecil. Bagaimana pula dengan nilai komisyen dan elaun Anwar? Nilai yang begitu tinggi yang diperolehi Pengurus besar PKNS ini setelah ditambah dengna jumlah Elaun dan Komisyen.

Bagaimana pula dengan Anwar? Khalid Gagap dalam respons berkenaan hal ini telah menjelaskan beliau akan menjawab isu ini pada minggu hadapan. Tempoh 2 hari diberikan kepada Khalid Gagap bagi menjawab isu ini. Mungkin pada ketika ini Khalid Gagap tidak dapat tidur malam bagi mencipta 1 alasan yang logikal di minda masyarakat mengenai hal ini. Atau mungkin penafian bakal dilakukan menggunakan 'jentera' Kerajaan Negeri yang dilantik.

Itulah akibat dan kesan daripada sikap bongkak menghina Kerajaan2 terdahulu pada tahap yang agak melampau. Sehinggakan sanggup menyamakan Kerajaan Negeri terdahulu mengamalkan pemerintahan Zionis. Kini? Apa yang dituduh terludah semula pada mereka.

Anwar? Lepas tangan? Tidak. Serangan balas bakal dilakukan. UMNO Selangor mesti siap sedia. Teruskan kerja keras.






0 comments:

Powered by Blogger.