Nov 13, 2011

DIN PUDU TIKAM LIDAH DGN. MAT SABU REBUT CALON PARLIMEN TITIWANGSA!!





Di kalangan masyarakat Melayu di bandar Kuala Lumpur, Parlimen Titiwangsa merupakan kerusi paling panas dan menjadi paparan umum. Kenapa? Kampung Baru menjadi isu. Sebuah Kampung yang terletak di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur.


Parlimen Titiwangsa kini telah berjaya dirampas PAS pada PRU13 melalui wakil rakyat Allahyarhamah YB. Dr. Lo'lo' Haji Ghazali. Pemergian Dr. Lo' lo ke rahmatullah menjadi medan pertarungan politik Pemimpin2 PAS yang kemaruk mahu menjadi calon bagi Parlimen tersebut.

Beberapa Pemimpin PAS Wilayah Pro Erdogan/Sekular kini sedang bertarung nyawa mahu menjadi calon di kerusi tersebut. Mereka merasakan sudah tiba masanya calon yang diletakkan bagi Parlimen Titiwangsa pada PRU13 adalah dari kalangan Pemimpin2 Wilayah, setelah merasakan kekuatan itu semakin memuncak.

Namun apabila diberitahu bahawa Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub sedang menjaja nama sendiri mahu menjadi calon di kerusi Parlimen tersebut, ada beberapa Pemimpin PAS Negeri yang berang. Mereka berang dengan sikap tamak Pemimpin yang pernah mendapat jolokan Din Pudu ini tamak mahu menguasai Parlimen tersebut.

Ini jelas kelihatan setelah secara tiba2 beliau tampil mendapat populariti melalui Sidang2 media sebelum ini bercakap soal Pembangunan Kampung Baru. Sehinggakan ianya langsung tidak diperbincangkan dari kalangan Pemimpin Parti Kawasan Titiwangsa malah beliau pernah tidak memaklumkan mengenai hal Sidang Media yang beliau anjurkan berkenaan isu tersebut.

Namun Din Pudu tidak 'keseorangan' dalam mengejar impian bagi merebut calon di Parlimen Titiwangsa. Timbalan Presiden PAS Mat Sabu turut mengejar impian mahu bertanding di kerusi tersebut. Dikatakan berlakunya pertelingkahan dari kalangan penyokong puak dari kedua2 belah pihak mengenai hal ini.

Penyokong Din Pudu merasakan Mat Sabu hanya mendapat populariti dari kalangan ahli PAS akan tetapi beliau menjadi liabiliti kepada parti jika bertanding merebut kerusi Parlimen mahupun DUN.

Mat Sabu juga didakwa gagal memperkuat jentera PAS di Negeri yang pernah dipimpin beliau di Pulau Pinang. Malah beliau yang pernah menjadi MP Kuala Kedah tidak dicalonkan semula pada PRU 11 dek kerana tidak disenangi pengundi di kawasan terbabit.

Waimah apa juga pergolakan politik yang berlaku, motif politik tetap menjadi keutamaan. Tidak kira dari kalangan PAS mahupun UMNO sendiri. Titiwangsa bakal menjadi medan pertarungan dan menjadi petanda kekuatan Melayu di ibu kota Kuala Lumpur.

Apa yang pasti, masyarakat Melayu di Kampung Baru bakal memberi jawapan sebenar kekuatan Parti di Parlimen Titiwangsa. PAS memperdagang fitnah Pelan Pembangunan Kampung Baru yang telah dikemaskini bagi menjaja nama parti. Kerana mereka sebenarnya tidak punyai keupayaan.


1 comments:

Anonymous said...

Seelok-eloknya biar Din Puduraya yang amat sesuai.... senang dan dekat dengan Puduraya....

Powered by Blogger.