Nov 12, 2011

DAP PENANG PROTES.. DESAK LIM GUAN ENG LETAK JAWATAN!!?





Spekulasi pengumuman PM akan bubar Parlimen pada tarikh 11 Nov 2011 (semalam) turut telah menyebabkan Adik kesayangan Mat Sabu, Lim Guan Eng kecut teloq. Pelikkan? Apa yang ditakuti sangat Guan Eng sehinggakan sanggup membuat kenyataan akhbar tidak akan membubarkan DUN Penang jikalau benar ianya berlaku semalam? Terbongkar jua. Ternyata DUN Penang tidak akan dibubarkan serentak dengan PRU 13.


Kenapa takut sangat? Apa yang bermain di fikiran gelaran Umar Ibnu Abdul Aziz ini? Bukankah anda pernah mendakwa yakin DAP akan kekal memerintah Negeri tersebut pada pilihanraya akan datang? Alasan yang diberikan ternyata tidak masuk akal. Didakwa alasan tidak mahu bubar DUN serentak kerana PM tidak melaksanakan pemansuhan sepenuhnya AKTA ISA. Bukankah ianya memberi aset kepada Pakatan? Anwar sendiri cakap rakyat akan bangkit dan Pakatan bakal menang besar pada PRU 13. Apa yang hendak ditakutkan.?

Menurut sumber, DAP Penang telah melakukan kajian terperinci mengenai momentum sokongan masyarakat Penang terhadap kepimpinan Guan Eng. Laporan tersebut telah mendakwa jumlah sokongan terhadap kepimpinan beliau jatuh menjunam.

Ini kerana Guan Eng telah mengkhianati janji2 yang beliau pernah jamin PRU 12 dan ianya tidak dilaksanakan malah memberi masalah baru. Mukadimah Kampung Buah Pala yang kini ghaib ditelan bumi telah merebak ke kawasan2 lain. Malah peniaga2 Cina sendiri semakin tidak berpuas hati dengan kepimpinan beliau.

Persoalannya adakah BN bakal menawan kembali Penang? Boleh. Dengan syarat, SINGKIRKAN KOH TSU KOON. Lahirkan pemimpin baru yang lebih berdedikasi dan efisyen serta berjiwa rakyat. Calonnya sudah ada. Guan Eng sendiri tahu akan hal ini?






0 comments:

Powered by Blogger.