Nov 8, 2011

CHUA SOI LEK SOKONG SEKSUALITI MERDEKA DIADAKAN 1 HARI SAJA!!





Penganjur program Seksualiti Merdeka yang diharamkan baru-baru ini sepatutnya tidak mengembar-gemburkan majlis berkenaan, kata presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Orientasi seks, kata beliau adalah perkara peribadi dan seperti agama, seseorang bebas memilih selagi mereka tidak mencederakan orang lain. "Sekiranya, mereka mahu anjurkan ini (Seksualiti Merdeka) dalam suasana ‘low-profile’, saya tidak lihat mengapa ini tidak boleh dilakukan. Bagaimanapun jika mereka mahu menganjurkannya untuk tempoh masa yang lama, ia akan menyebabkan ada yang tidak bersetuju,” kata Chua kepada pemberita di ibu pejabat MCA hari ini. Pada 3 November lalu, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar mengisytiharkan pengharaman semua aktiviti penganjur 'Seksualiti Merdeka' yang dijadualkan pada 9 hingga 13 November ini. Katanya, polis tidak akan teragak-agak untuk menahan mereka yang menyertainya dan tindakan itu bagi mengekalkan ketenteraman awam. Program yang diadakan buat kali keempat sejak 2008, kemudiannya tidak diteruskan oleh penganjur selepas mendapat tentangan hebat pelbagai pihak atas dakwaan akan memperkasakan hak golongan lesbian, biseksual, gay dan transeksual di negara ini. Bernama






1 comments:

Anonymous said...

Tak tahulah apa nak jadi dengan Si Chua Soi Lek, makin hari makin merapu dan makin menyusahkan orang, Chua Soi Lek, lebih baik engkau pergi perkuatkan MCA yang hampir nak tersungkur sekarang ini, jangan sibuk nak rosakkan sokongan terhadap parti komponen lain pula dengan kenyataan merapu kau tu.

Chua Soi Lek ini memang jenis perosak dan pengkhianat, lihat kenyataan dan tindakan yang dibuat, banyak menyebabkan parti komponen berpecah belah dan Barisan Nasional mendapat nama buruk, memang teruk benarlah si Chua Soi Lek ini. Saya sebenarnya sudah bengang dan benar-benar geram dengan Chua Soi Lek ini, menjadi biawak hidup dalam MCA dan Barisan Nasional saja.

Chua Soi Lek sokonglah kegiatan sedemikian, tak apa buat sehari, macam dia jugalah, tak apa sodok pelacur China, sekali saja, entah berapa kali sodok entalah.

Najib perlu ambil tindakan terhada Chua Soi Lek ini, banyak mendatangkan kerosakkan kepada Barisan Nasional sajalah si Chua Soi Lek ini, patutnya Najib tekan Chua Soi Lek supaya berundur dari MCA, selagi MCA dikuasai oleh Chua Soi Lek, maka MCA akan jadi mayat hidup sajalah, makin lesu, macam penagih dadah, keadaan sama juga macam Kementerian Dalam Negeri di bawah Menteri Amaran, Hishammuddin, lesu dan lembik, akhirnya PDRM yang ambil tindakan proaktif, nak tunggu Menteri Amaran, sampai ke mampuslah tak jadi kerja.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Encik Mohamad.

Powered by Blogger.