Nov 11, 2011

ANWAR UGUT NAJIB.. RANCANG MAHU KASI 'PIL KHAYAL..!!'





Melayu CinDia terbaca laporan Malaysian Insider yang menyebut PKR ada membuat kajian dan mendakwa tidak dapat dinafikan sokongan terhadap Kepimpinan PM Najib Tun Razak adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan Ketua Umum mereka Anwar Ibrahim. Laporan kajian telahpun diberikan kepada media untuk dipaparkan. Adakah benar kajian ini?

Atau ianya salah satu senjata mereka bagi 'mengkhayalkan' jentera2 BN agar tidak terlalu bekerja keras setelas selesa dengan prestasi tersebut? Melayu CinDia tidak yakin malah tidak akan mempercayai kajian yang dibuat dari pihak PKR.

PKR telah merancang dan gentar dengan kerja keras Najib yang kini semakin agresif turun padang memberi amaran kepada jentera agar lebih bekerja keras dalam memastikan kemenangan lebih besar diperolehi pada PRU13.

PKR kini tidak lagi punyai jentera yang ramai setelah ramai di kalangan ahli bertindak protes terhadap kepimpinan di peringkat akar umbi. Maka laporan kajian palsu dibuat agar pihak jentera BN selesa dengan situasi tersebut dan tidak menyahut seruan PM agar lebih agresif bekerja. Jangan mudah terperdaya. Hakikatnya, banyak perkara yang mesti dilaksanakan. Jangan 'khayal' dengan propaganda mereka.






1 comments:

rezqeen hill said...

hehe aku baca tajuk, terus tergelak hahaha

Powered by Blogger.