Nov 6, 2011

'AGEN UMNO' DLM. PAS.. KHALID SAMAD DEDAH 3 PEMIMPIN DLM. SENARAI!!?





Bila cakap soal Raya Aidil Adha, kita hanya terfikir nak tunaikan Haji. Dan ramai juga umat Islam yang akan bergotong royong di kawasan masing2 untuk melaksanakan penyembelihan daging korban seperti Lembu, Kerbau dan Kambing. Ala, macam pengikut Lim Kit Siang tulis dalam blog Pemimpin Idola dia tu, Islam ini Agama kejam. Sanggup menyembelih beberapa ekor lembu di khayalak ramai. Tak ada sivil Islam ni. Sedap mulut berkata2. PAS? Diam membisu. Kalau dulu buat la sikit lakonan. Nak counter balik pengundi setia mereka. Atas arahan Anwar. Pilih salah seorang Pemimpin PAS dan DAP yang volunteer. Kemudian setup 1 masa. Panggil kesemua media. Buat PC. Dan bersalam2 an semula. Tapi strategi itu dah basi. Kerana PAS lihat ianya memakan diri. Ulama' PAS bagi pandangan dan kritikan bukan setakat tak nak dengar. Kena sisih terus. Mana suara Dr. Harun Din? Mana dia suara Ustaz Taib Azamuddin? Senyap. Diam membisu. Sudah banyak isu yang mencemar nama Islam timbul sejak akhir2 ini. Di mana pandangan mereka? Ketika terakhir kedua2 tokoh Ulama' ini bersuara ketika isu kalimah Allah menjadi hangat di Negara kita. Pandangan tegas mereka yang tidak bersetuju dengan penggunaan nama Allah bagi Agama Kristian secara terang2 bertentangan dengan Anwar Ibrahim yang acap kali mempromosi nama Allah kepada Kristian. Malah salah seorang Pemimpin PAS Pro Anwar iaitu Khalid Samad turut dimalukan Ustaz Taib Azamuddin yang menyampuk perbentangan Khalid Samad berkenaan isu Nama Allah dan mencantas pandangan Khalid Samad yang bersetuju dengan penggunaan tersebut. Kemudian? Tiada lagi suara mereka. Rupa2 nya sumber dalaman parti mendakwa Ustaz Taib Azamuddin telah diboikot setelah Pemimpin2 PAS yang turut digelar Pro Sekular menguasai Kepimpinan parti. Ustaz Taib telah diboikot dan disenarai hitam sebagai Agen UMNO ketika memalukan Khalid Samad di dalam Parlimen yang menyanggah pandang seperti yang disebut sebentar tadi. Manakala Harun Din turut diambil tindakan yang sama setelah secara terbuka memberi pandangan mahu gandingan Hadi Awang dan Ustaz Nasha dikekalkan pada Pemilihan Kepimpinan PAS yang lalu. Sungguh kejam dan diktator. Kalaulah wali Allah sendiri berpandangan sedemikian agaknya tidak juga dipercayai. Sudah dikata dari dulu lagi. PAS ini bukan memperjuangkan Islam sangat. Mereka mahukan kuasa. Kini golongan2 sebegini disisihkan dan tidak akan diteruskan khidmat mereka. Hanya Hassan Ali sahaja yang berani tampil mempertahankan maruah parti walaupun telah rosak jahanam dikerjakan Puak2 Pro Sekular. Inilah korban Cinta mereka pada PAS. Korban ini telah 3 tahun berlalu. Sampai bila ianya akan dibiarkan? Sampai MATI?





16 comments:

Anonymous said...

Dulu aku amat menghormati dan menyanjung tinggi Harun Din dan Taib azamudin, tapi mereka ini pun terbukti sanggup menjadi lembu atau apa pun jenis binatang yang sanggup buat apa saja demi kuasa dan harta.

Kedua ekor ulamak ni tak lebih sekadar makhluk perosak kepada umat Islam negara ni. Kalau mereka masih neutral setidaknya mereka bebas menegur sesiapa sahaja.

Harun Din ni dulunya bagi aku lagi hebat daripada adik dia Hassan Din, tapi ternyata Hassan Din jauh jauh lebih bijaksana dan zuhud berbanding abang dia yang jadi lembu tunggangan belalai gajah tu.

Anonymous said...

KESIMPULAN yg boleh dibuat; kebanyakan ilmuan agama bertaraf ulamat dan bijak pandai Islam adalah mempercayaai, apabila mereka terjun bersama dlm kancah politik PAS akan dapat menguatkan lagi perjuangan menegakkan syiar Islam.

perbezaan dan pengalaman dlm dunia akadamik dan dakwah jauh berbeza amalan sebenar permainan politik yg mengubah segala prinsip dan perjuangan sekelip mata demi KUASA dan gila keduniaan sekalipon bertopengkan Islam.

PENGELIBATAN ulamak dlm PAS, sedikitpon tak dapat meningkatkan syiar islam seperti yg diharap, disebabkan dalam PAS sendiri pon kebanyakan TALAM DUA MUKA.

TELAH PULUHAN TAHUN pas wujud cuba buat chek list, apa yg di buat MElebihi UMNO??????????????????.

KEPADA PARA ULAMAT YG TERPINGIR....
lebih AFDAL tuan tingalkan saja perjuangan SIA-SIA SEBUAH PARTI BERNAMA PAS, khidmat tuan lebih disanjung dlm bidang dakwah dan merangsang umat mendekati ALLAH dan mencari meredaanya didunia dan akhirat.

sinmaid said...

mana berani lawan boss/puak sekular-liberal. pilihamraya dah dekat. nanti nama tak naik, naya ooi. dapat jadi calum pum jadi lah... menang tak tentu lagi.

kesian penyokong pas.

Anonymous said...

Pejuang Islam menegakkan al-Quran dan Hadis walaupun merugikan partinya manakala Pejuang Parti menegakkan dasar dan keputusan parti walaupun menongkah ayat al-Quran dan Hadis.

Omar Abd Aziz said...

Mereka yang seringkali menghina cendiakawan PAS yang menkritik kepimpinan mereka adalah musang-musang PKR yang menyelinap masuk dalam Parti itu.

Mereka ini adalah juak-juak upahan Al Juburi (gelaran oleh Mat Sabu) yang mendapat arahan khusus untuk menghancurkan PAS dari dalam.

Mereka inilah yang selalu menyalahkan UMNO apabila kelemahan-kelemahan PAS didedah.

PAS akan hancur bukan kerana UMNO tetapi musang-musang PKR yang dipelihara oleh Al Juburi.

Musang-musang ini lah yang berlegar-legar disekeliling Tok Guru.

Lihat sahaja selepas PRU12 kebanyakkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Tok Guru bukan lagi mencerminkan Islam sebenar.

Banyak yang menghalalkan cara untuk menyedapkan hati sekutu mereka iaitu PKR dan DAP dimasa yang sama mengelirukan umat Islam yang lain.

Anonymous said...

Ada seorang lagi ejen BN ... Ambikga

-Krizalid 9999-

Didi Malika said...

Depa nak buat self destructive kot ..maleh nak layan .. nak kuar parti, takut kena keji, nanti penyokong parti habaq kena bayaq ngan umno .. tu yang depa buat tak tau ja ...

Anonymous said...

Ambiga hadiahkan Pesta Seks Songsang Mega kpd ahli2 Pas dan ahli2 Pkr yg telah bersusah payah menyokong si ambiga semasa Bersih dulu.....
hingga dijanjikan mati syahid kalau terkorban dlm Bersih dulu dan ada yg hampir2 dpt mati syahid ala Pas tp hidup balik....

Tahniah Pas dan Pkr kerana mempunyai pemimpin yg baru, pemimpin kafir yg sokong murtad dan skrg seks songsang...

Datanglah beramai2 ahli2 Pas dan Pkr ke pesta Seks Songsang Ambiga idola anda, berikan dan tunjukan sokongan anda seperti dlm Bersih dulu....

Takebeerrr....

Anonymous said...

Inilah ulamak sebenar yg memperjuangkan agama kerana Allah bukannya kerana politik dan utk nak dptkan sokongan dr org kafir.

Ulamak politik berjuang utk politik agama pun sangup dijual, ulamak ni ramai dlm parti politik Pas.

Anonymous said...

yang menghancurkan PAs bukan dikalangan ulamak tapi golongan yang laparkan duit Anwar dan DAP.
HANCUR BANGSA HANCURLAH AGAMA KITA.TAKBIR.MARI KITA SELAMATKAN PAS

Anonymous said...

Dedahkan juga agen PKR dalam kerajaan seperti Ketua Pengarah YaPIEM dan kumpulannya itu. Buang aje manusia yg jadi musang berbulu ayam ni.

Anonymous said...

Kepala hotak kau lah anom 06 November.
Sedap kau saja nak kata Dato Haron Din. Apa kelebihan kau berbanding dengan beliau. Kau kelulusan tak da, itu sebab mata dan hati kau tu buta. tak tau menilai intan dan kaca.
Dato Haron Din adalah benteng terakhir pejuang islam diMalaysia. Kena ingat tu. Sokong lah beliau. Insyaalah kau akan selamat.

Anonymous said...

part ni aku sokong anon thu 10nov 2011... dato haron din ulama yg bgs, jgn kutuk beliau..hanya dia saja ulama yg berprinsip dlm pas, yg lain NO KOMEN...aku hanya respek dato harun din saja, masakan dia boleh berjumpa Nabi Muhammad dalam mimpi & msk dalam Kaabah..yg ustaz ni sajalah korang sokong sebab tegas memperjuangkan agama, nk2 dalam Isu Allah... ustaz2 dalam pas yg lain aku xsokong sebab mereka dah berubah...CELAKA DAP YG MERUSAKKAN ORG MELAYU..BERSATULAH KITA ORG MELAYU SEMUA...


PemikirMuda
Pahang

Anonymous said...

apa yang dapat dato harun din tegakkan dalam pas. adakah suara dia didengar dan diikut. apakah dia bersetuju dengan amanat hj hadi yang mengkafirkan orang umno yang semuanya islam. aku pernah hormat pas. walaupun tak sokong. bagi aku pas pembangkang yang hebat tapi bukan pemerintah yang bagus. kerana pkr, pas jadi hilang prinsip dan hilang kehebatan sebagai pembangkang

Anonymous said...

Dato Harun terkenal baik, sayangnya dia menjadli ulamak BISU dan PEKAK, sejak bergelumbang dlm pas tak berani bersuara demi kebaikan syiar islam dan politik yg ditunggangi///

Dia pon tak lebih sebagai penumpang teksi saja dlm pas

Anonymous said...

ya lah, aku dulu pun sgt2 mghormati ust haron din , sehinggakn bilamana dia join pas aku pun trus antar borang join pas...tp skrg sejak pas hilang arah dek krn segelintir barua yg trpengaruh dgn al juburi, semua jd kabur ust haron mcm dh hilang tumpuan pd syiar dan kebenaran islam..semoga Allah mmberi kekuatan kpd Ustaz Haron Din utk menyatakn kebenaran suatu hari nnt..insyaallah..amin

p/s aku dh kluar dh dr pas

Powered by Blogger.