Oct 12, 2011

VIDEO SEKS 2... PEMUDA PAS DESAK ANWAR LETAK JAWATAN!!





Beberapa pimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat mendesak agar Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim meletakkan jawatan dalam kadar segera untuk semua jawatan politik yang beliau pegang termasuklah sebagai Ketua Pembangkang setelah Video Seks Kedua dikeluarkan memberi kesan terhadap masalah moral Anwar. Perletakan jawatan ini rata2 berpandangan amat penting bagi membersihkan nama beliau jika benar Video tersebut hanya fitnah jahat dan propaganda semata2. Anwar juga mendapat asakan meletak jawatan setelah Kes Liwat beliau semakin menemui jalan buntu dan acap kali tertangguh. Pemuda PAS walaubagaimanapun tidak berniat menuduh segala dakyah yang dilemparkan ke atasnya namun atas rasa tanggungjawab beliau sewajarnya bertindak seperti yang didesak mereka. Salah seorang AJK Dewan Pemuda PAS Negeri berkata, Anwar masih boleh memberi sumbangan terhadap Pakatan walaupun tidak memegang sebarang jawatan dan seterusnya dapat memberi fokus kepada kes mahkamah dan menyelesaikan isu pembongkaran Video Seksnya dengan lebih efisyen.






6 comments:

Anonymous said...

Anwar Ibrahim letak jawatan???? Sorry la... Letak pisau kat leher dia pun dia tak akan letak punya..

Anonymous said...

hahhaaa....letak amoi ? agak2 dia mau x ?

Anonymous said...

nampaknya pemuda pas telah semakin mengakui bahawa ternyata mereka telah salah langkah sebelum ini kerana menyokong dan membela orang rosak moralnya..

Anonymous said...

letak jawatan bila dia dah meninggal dunia...............

Anonymous said...

pemimpin pas yang mana menuduh tun mahathir membuat fitnah dulu juga patut meminta maaf pada tun..jadilah pemimpin yang bertanggungjawab.. akhirnya kebenaran datang jua. syukur pada allah dan terima kasih jga pada tun..alhamdulillah

Anonymous said...

Nak suruh Nuar letak jawatan..?

Tentu dia akan tuduh Pemuda PAS berkonspirasi dgn UMNO, Polis, doktor2, Raja2 Melayu, Hakim2, Tun Mahathir, Eskay, China Doll, Wan Azizah dll...!

Kalau dia dah masuk Bamboo River Resort pon, dia takkan letak jawatan.

hahahaha...

Powered by Blogger.